9 Tempat makan yang best di Kuching Sarawak

“Oooo cheegu lama beno cheegu duduk Sarawak ye?” Ater..kalo teman nak ke Kuching apa yang best cheegu? Espesielinye pasey menchiker, teman ni gemor makan.

Demikianlah pertanyaan seorang sahabat akrab saya bila saya balik kampung. Memikirkan soalannya lebih tertumpu pada tempat makan maka saya kongsikan dengan beliau beberapa tempat makan yang pernah saya sendiri nikmati dan mempunyai signiture dish tersendiri.

1. MEE KOLOK HAJI SALLEH SRI SEPINANG

Lokasi tak jauh dari flyover Satok berderetan maybank (investment) dan kedai karpet. Mee Kolok dia memang ngam dengan selera saya. Kuah supnya sedap, meenya lembut, dagingnya empuk.

Walaupun pertama kali saya jatuh cinta dengan mee kolok ini semasa saya makan di Saratok tahun 1995 yang saya beli di gerai market Saratok. Waktu itu hanya rm1.50 sahaja. Kepada rakan-rakan dari Semenanjung jangan tak cuba mee kokok Haji Salleh ini. Mantap.

2. LAKSA SARAWAK

Tak lengkap kalau tak ke SARAWAK tanpa makan laksa Sarawak. Pilihan saya ialah di Mom Laksa, walaupun sebenarnya banyak foodcourt yang menyediakan juadah ini.

Laksa sarawak bukan makanan khas untuk breakfast sahaja malah sedap dinikmati pada malam hari. Mom Laksa adalah pilihan saya kerana kuahnya adalah dari resepi keluarga. Jadi ‘KICK’nya berbeza dengan laksa lain.

3. CENDOL MAMI

Semenanjung pun banyak cendol tapi di Kuching Cendol Mami sangat popular. Pelanggan yang membeli sampai berbaris-baris. Gerai sentiasa penuh di kawasan Gita bersebelahan surau (lupa pulak nama surau). Cendol dia pekat, best sangat.

4. KOPI O CORNER

Kalau nak rasa masakan Bugis, disinilah tempatnya. Burasak adalah juadah yang sedap untuk dicuba. Selain itu roti prata berdaging juga sedap disini. Lokasinya di flyover Satok berhadapan dengan Bank Negara.

5. RIUNG KURING 

Di jalan Dagok, off jalan kulas. Tak jauh dari RHB. Masakan Sunda disini sangat awesome. Layanan peramah. Kalau Ramadhan disinilah buffet paling murah dan sedap, hanya rm18 sahaja. Saya suka western disini sebab blackpepper sauce nya sedap dan harga pun berpatutan.

6. MADAM TANG’S

Disini Mee Jawanya cukup best, ramai pelanggan pelbagai kaum makan disini. Mula-mula saya rasa ragu nak makan disini. Tapi setelah mendapat kesahihan status halalnya saya pun mencuba mee jawa. Ternyata memang ngam.

7. TOP SPOT

Tak perlu dipertikaikan, disinilah sea food paradise. Banyak gerai sea food disini. Kalau tak tahu nama sebut nombor kedai sahaja. Sememangnya tumpuan ramai.

8. REEF BRIAYANI

Di Petrajaya, satu-satunya kepuasan Briayani yang saya nikmati dengan nasi yang banyak dan lauk kambing yang banyak. Perghh, memang mantap.

9. SERAPI CORNER BATU 7

Nasi Ayam Penyetnya sangat sedap. Daging ayam yang lembut dan sambal yang sedap. Memang mantap!. Kalau balik dari Serikin bolehlah makan disini.

Demikianlah antara tempat menchiker (makan) yang sedap-sedap dan HALAL jika rakan-rakan di Semenanjung datang ke Kuching.

Jadi bila sampai disini, tak payahlah cari KFC, McD atau Secret Recipes. Cubalah masakan tempatan Sarawak, pasti awesome.

Selamat datang ke Sarawak ye.

Comments

comments