Semalam si Gloryria, hari ni Jecky

Pagi tadi saya mengajar Dunia Sains dan Teknologi tahun 3 Sentosa. Kelas ni murid-muridnya boleh tahan aktifnya. Saya mengajar tentang kemahiran proses sains iaitu pemerhatian.

Saya mulakan induksi dengan memperkenalkan deria mata. Kemudian saya buat simulasi beberapa gambar dan meminta murid memerhati dan membuat pengkelasan. Akhir sekali saya memberikan latihan bertulis.

“Buat pemerhatian dan senaraikan benda yang kamu nampak dalam kelas mengikut warna dan jangan MENIRU”. 

Semua murid murid terus menulis manakala Jecky sibuk membina “kubu pertahanan” supaya kawan-kawannya tidak meniru. Sekurang-kurangnya dia tak bagi kawan melihat apa yang ditulisnya. Yang hairan itu dari 25 orang murid, dia seorang yang bina kubu.

Anang meda (jangan tengok) !!!! Ishhhh!!! Sekali sekala terdengar suaranya mendengus memarahi kawannya yang plentey (bergurau mencuri2 tgok) dengan dia.

Senyum juga saya melihat gelagatnya. Sesekali roboh juga kubunya akibat disinggung rakan dan dia tak putus asa membina semula dengan susunan buku buku teks yang lain.

Hmmmm mesti terror jecky ini, getus hati kecil saya. Lagi 5 minit sebelum tamat saya nak membuat rumusan, hampir semua sudah siap cuma si Jecky saja masih terkial-kial. Agaknya dia perasan saya memerhatikannya, lekas lekas dia datang kepada saya.

“Ciguuuu….bakani ngija utai nyaaa (cikgu..macamana eja benda tu)”, dia menunjukkan kearah bendera yang tergantung. Buku latihannya masih belum terisi jawapan.

Penyudahnya, saya yang bimbing sampai dia habiskan latihan. Hahahaha, apa kes dengan kau punya KUBU tu Jecky oiiii.

Sahabat cikgu kat sini mesti pernah buat kubu macam Jecky kan

Comments

comments