SPM 2016: Cemerlang dirai, Lulus dipuji, Gagal jangan mengalah

Tahniah cikgu ucapkan kepada calon calon yang berjaya dalam SPM 2016 dengan cemerlang dan gemilang. Anda bijak dan kekalkan kebijaksanaan ini dalam menempuh hari hari mencabar dengan lebih baik.

Bagi yang gagal, tahniah juga buat anda kerana anda sudah berusaha sebaik mungkin ditahap termampu dan apakan daya hanya keputusan sedemikian yang ditakdirkan buat anda.

Ya, benar semua itu ketentuan Allah tetapi Allah juga tidak terus menentukan bahawa gagal SPM bermakna GAGAL kehidupan anda.

UPSR, PT3, SPM dan STPM hanya fasa yang mengukur kemahiran akademik anda di satu-satu tahap tertentu dengan ukuran gred-gred tertentu. Namun SAHSIAH dan KEJAYAAN hidup bukanlah bergantung kepada berapa banyaknya A dan E dalam slip peperiksaan.

Selagi semangat untuk berjuang masih ada dalam diri anda masih belum GAGAL dalam erti kata sebenar.

APAKAH mendapat 7 dan 8 A itu bererti MENANG? No, mereka turut berjuang untuk mengekalkan prestasi mereka. Manakala yang mendapat CDE bererti KALAH? No, mereka masih boleh bangkit untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan.

SAYA MEMANG TAK PANDAI SEBAB TU SAYA GAGAL SPM. Tolong dik, buang kepasrahan sedemikian dalam kamus hidup adik.

Berapa ramai jutawan-jutawan di dunia ini yang KAYA bukan kerana SIJIL DIPLOMA DAN IJAZAH namun kerana keberanian meraka menghasilkan invensi dan kreatif dalam pemasaran.

Jika kita rasa kita GAGAL SPM dan kita mengambil keputusan untuk jadi tukang cuci pinggan, maka itu adalah KEHENDAK KITA SENDIRI.

Tapi kalau keputusan kita biasa biasa dalam SPM nak masuk IPTA pun seperti melepas kentut ditangga maka janganlah kita terus mengeluh dan mencium kebusukan yang terhasil dari sifat lemah semangat dan mudah mengalah.

INGAT, BERJAYA ATAU GAGAL ITU PILIHAN BUKAN FAKTA. Orang yang MENANG ialah orang yang tidak mudah rasa kalah dengan kegagalan. ITULAH KEMENANGAN SEBENARNYA.

Malah lebih manis dan romantis jika kemenangan itu diperolehi dengan episod gagal beberapa kali dan mengalami jatuh bangun yang mencorakkan pola kejayaan yang cukup dramatik untuk dikisahkan sebagai satu inspirasi.

Adik, Bayangkan, cikgu sendiri bukan kelahiran SPM yang cemerlang.

Pada tahun 1986 cikgu mengambil keputusan SPM dengan mendapat gred 3 sahaja. Zaman cikgu gred 3 tu dah dikira cikai dik. Tapi cikgu bernasib sebab akumulatif 3 subjek cikgu (Lukisan C6,Rampaian Sains C3 dan BM A1) dapat 11 agregat maka. Cikgu diberi peluang masuk tingkatan enam. 1 tahun setengah di tingkatan enam cikgu menduduki STPM dan mendapat 4 Prinsipal dan 1 Subsidari.

Akhirnya dengan keputusan sedemikian cikgu berjaya mendapat tempat di Institut Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim. Cikgu menjadi guru dan terus mencari peluang untuk belajar sehinggalah pada 2012 cikgu mendapat ijazah sarjana muda pengajaran di OUM melalui program kolaborasi BPG. Siapa kata kita gagal?

Kepada adik-adik diluar sana yang mendapat keputusan yang biasa-biasa sahaja, INGATLAH, USAHA GIGIH untuk berjaya dan tukarkan yang biasa-biasa menjadi luarbiasa dengan penuh keyakinan bahawa GRED PEPERIKSAAN bukan garisan penamat untuk perjuangan hidup sebaliknya ia adalah pintu kearah tangga untuk kita mendaki ke arah lebih cemerlang mencapai bintang atau mungkin jurang untuk kita berani terjun dan menyelam menuai mutiara. JANGAN RASA LEMAH DAN TERUSKAN USAHA.

Comments

comments