Terkejut bila mendengar ada berita seorang guru yang cuba terjun dari tingkat 4 sebuah sekolah di Putrajaya

Terkejut bila mendengar ada berita seorang guru yang cuba terjun dari tingkat 4 sebuah sekolah di Putrajaya semalam. Namun atas pujukan rakan dan pihak bomba dan penyelamat, dia berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk dirujuk.

Masalah yang dikesan ialah KEMURUNGAN.

Sahabat guru saya yang dikasihi semua. Mengapa ini berlaku? Dahulu pernah terjadi di sekolah tamil di Kelang, guru cuba minum racun akibat tekanan kerja. Mengapa ye?

Profession yang amat mulia sebagai medium penyampai ilmu kini sudah menjadi satu profession yang berisiko tinggi untuk kemurungan.

Guru kini sudah hilang ‘NIKMAT’ dan ‘GHAIRAH’ semasa mengajar. Tidak seperti zaman guru-guru kita mengajar kita dahulu.

Di bandar-bandar, guru-guru kita dihormati oleh masyarakat setempat. Sampai di pasar membeli ikan pun apek cina boleh cakap “CIKGU MAU IKAN APA? PILIH CIKGU” sedangkan tak kenal pun apek tu.

Saya sendiri melaluinya pada tahun 95 dahulu di pekan Saratok. Bila ditanya “mana tahu saya guru?”. Apek itu cakap “kitak punya mua, ada landik punya orang, kamek tahu itu mua cikgu” (muka awak memang ada muka orang bijak dan orang bijak ialah cikgu).¬†

Sekarang susah nak cari orang yang hormat pada guru. Malah bermacam-macam sumpah seranah dihamburkan pada guru.

Sentuh murid salah, biarkan pun salah. Ada satu status saya baca di media sosial, seorang memberi komen bahawa guru nak cepat balik rumah. Sepatutnya tunggu semua anak murid diambil ibu bapa pulang baru lah guru balik.

Saya terkentut membacanya (real punya kentut) apa dia ingat kami guru ini mandul? Takda anak di sekolah dan nursery yang perlu kami jemput?

Ada kes ibubapa bila dipanggil untuk jemput anak yang demam supaya bawa pulang ke rumah dan dibawa ke klinik, mereka balas dengan jawapan “saya busy kat office ni, boleh bagi dia panadol tak? (Peraturan guru tak boleh bagi ubat pada murid hatta paracetemol kerana guru bukan pegawai perubatan yang sah).

Ada guru yang terkejar-kejar dengan mesyuarat kurikulum lah, mesyuarat perlaksanaan program itu ini begitu begini, mesyuarat penetapan sasaran, sampai ada kes lupa anak dalam kereta sampai meninggal anak itu, semata-mata mengejar meeting.

Ada kes guru tiba-tiba pengsan dan mati semasa proses pengajaran. Ada guru meninggal sebab lemas semasa aktiviti perkhemahan. Yang meninggal akibat kemalangan jalanraya pun makin banyak.

Sedihkan?

Sepatutnya suara comel anak-anak murid jadi penghibur hati guru. Kini guru terpaksa mengajar mengikut acuan-acuan tertentu. Kelas mesti mengikut PAK21 – Pendidikan Abad Ke-21. Murid-murid duduk berkelompok, bila guru mengajar susah nak fokus kontaks mata.

Berbeza dengan guru zaman 70an 80an 90an, naik kapcai, mengajar sambil gelak ketawa, menyakat murid merapatkan silaturrahim. Kalau garang masih dihormati. Anak-anak murid dahulu pun sekarang dah jadi orang yang kuat jiwanya. Bukan macam sekarang muridnya hati tisu, jiwa rapuh bagai kerepek. Bila disindir masa kecil, sampai besar dia merepek.

Kembalikan keghairahan mengajar kepada guru-guru. Jangan kekang kreativiti guru, biarkan guru melaksanakan tugas MENDIDIK dengan lebih teratur.

Jangan dibebankan dengan tugas sampingan yang bukan jadi teras kerja. Sampaikan nak sambut pegawai pun duit guru diminta derma. (Kawan saya kat Sabah mengadu harap-harap tak berlakulah kesian kat cikgu-cikgu kita). Guru-guru dah hilang semangat.

Kalau jabatan lain boleh buat team building dan bina diri untuk meningkatkan kualiti kerja. Manakala guru cukup dengar ceramah bebelan SISC sambil minum air mineral dan disaji gula-gula.

Hmmmm kalau dulu ada juga karipap dan koci, nak harap mihun jauh sekali.
Bertabahlah guru-guru. Allah bersama mu

Comments

comments