3 “Pantang Larang” Menggunakan Media Sosial – Facebook

Sekarang ini ramai yang bersilaturahim menerusi alam siber, bersembang, bercerita dan berkongsi rasa menerusi mukabuku ini. Malah ianya sudah menjadi semacam komuniti dikalangan kita.

Ia menjadi amat penting hingga ada yang menggunakan media sosial ini sebagai mata pencarian.

Oleh yang demikian ada beberapa adab yang boleh diamalkan jika bermedia sosial.

1. Adab Menerima Komen

Hendaklah berlapang dada dan bersangka baik kepada perkara yang kurang jelas maksudnya. Sebab ada komen yang bersifat umum ada juga yang spesifik.

Jika boleh BALAS komen tersebut menandakan penghargaan. Tak dapat balas selalu sekali sekala pun boleh, at least pernah membalasnya.

Apatah lagi komen tersebut daripada orang yang KITA sendiri request untuk jadi friend. Kalau tak dapat layan semua komen (mungkin sibuk kerja atau ramai sangat followers) balas dgn emoji pun ok atau sekurang-kurangnya like komen tersebut.

Tolong hargai komen rakan-rakan kita.

Cikgu minta maaf kalau cikgu terlepas pandang pada komen sahabat cikgu. Tapi cikgu mengaku memang selalu buat silap.

Namun orang yang selalu balas komen kita itulah orang benar benar ikhlas berkawan dengan kita. Sebab tu saya suka abam Razz Rozzfaisal Mohd Razallifotografer terkenal tapi berkawan dgn semua orang dan gigih membalas komen.

2. Adab Memberi Komen

Jika kita baca status sahabat kita. Kita hendaklah bersabar dan juga husnuzon terhadap posting mereka.

Nilai dahulu sifat posting atau status wall mereka. Ada yang mungkin bersifat universal atau kenyataan umum. Ada yang bersifat provokatif. Ada yang guna ayat tergantung. Ada yang meluah rasa dan macam macam lagi.

Sebagai sahabat maya, bukan semua status rakan kita kena komen. Sebelum komen perhatikan dulu kewajaran kita memberi komen.

Adakah akan memberi nilai positif atau pulangan negetif? Adakah akan mengundang lebih banyak polimik membina atau meruntuhkan hubungan. Elak guna bahasa makian dan cercaan. JADI SEBELUM KOMEN STATUS ORANG KITA FIKIR MASAK-MASAK. (Self reminder)

3. Adab Berkongsi (share)

Setiap hari banyak info yang menerjah di dinding media sosial kita. Puluhan status yang kita baca. Puluhan gambar-gambar yang kita terima. Maka kita pun teruja untuk berkongsi.

Sebelum berkongsi maklumat daripada dinding orang lain kita hendaklah :

Selidik dahulu kesahihannya. Lebih-lebih lagi bab agama atau hadis. Pastikan sumbernya betul.

Kaji implikasi sharing. Adakah boleh mengundang rasa kebencian atau menggalak rasa kasih sayang sesama masyarakat.

Pilihlah perkara yang boleh memberi manafaat kepada ramai orang. Contohnya info kemalangan, kesesakan jalanraya, jadual waktu iftar, tempat percutian menarik dan lain lain yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang lain. Jangan sebarkan KEBENCIAN.
(Semalam saya ditegur oleh seseorang kerana ada tulisan saya yang tak sesuai. Saya delete selepas itu)

Minta izin jika nak share dari sumber tulisan rakan kita. Jika nak salin tampal pun mohon izin dan kredit sumber. Jangan main guna saja dalam blog atau wall sendiri. Menulis ini guna idea dan idea atau ilham itu harta intelek.

Kesimpulannya, sebelum kita respon dalam media sosial kita fikirlah tentang keperluan untuk LIKE, kewarasan memberi COMMENT dan kewajaran membuat SHARE.

Bila semua dibuat atas landasan positif maka pulangannya positif.

Selamat berfacebook di cuti umum.

Comments

comments