Kita Sopan, Orang Sayang!

Terharu bila ada seorang follower saya Aki Agum mempertahankan saya jika ada apa-apa isu yang melibatkan saya.

Beliau berbangsa Iban sedangkan saya Melayu Perak.

Saya akui kebenaran kata-katanya bahawa tak perlu menjadi Iban Melayu Cina kalau mahu disayangi tapi saling menghormati. Ye Tepat sekali.

Sahabat-sahabat Sarawak ku,

Cikgu bukan satu yang seumpama ini. Malah ada ramai orang-orang Semenanjung yang kini bermastautin dibumi Kenyalang ini menumpahkan taat setia kepada Sarawak.

Malah kami akan sama-sama berganding bahu mempertahankan hak yang patut diterima oleh orang orang Sarawak. Kami turut mahukan keadilan yang saksama untuk Sarawak.

Kami turut terasa jika negeri ini di ‘cubit’ oleh komen-komen nakal oleh orang Semenanjung. Kami akan mempertahankan walaupun kami juga dari Semenanjung.

Ini kerana sudah sekian lama di bumi ini kita semakin faham akan denyut nadi adat resam masyarakat di Sarawak ini.

Saya dan rakan rakan yang lama tinggal dan menetap disini sering menjadi jambatan untuk menerangkan betapa keadaan di Sarawak ini supaya hubungan masyarakat di Semenanjung dan Sabah Sarawak lebih difahami dengan jelas.

Ramai diantara kami orang Semenanjung ini sudah menetap lama. Kita sebenarnya masih tidak lupa jatidiri tapi kita mula meresapi nilai harmoni di sini sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan.

Semasa di Kapit, saya berkesempatan berkenalan dengan seorang guru berbangsa Cina dari Kelantan iaitu Cikgu Kuek. Beliau sudah hampir 30 tahun di Kapit ini hingga lisannya fasih berbahasa Iban, Melayu dan masih boleh bercakap dialek kelantan dengan lancar.

Di Sri Aman ini sahaja ada seorang cikgu veteran bernama Cikgu Zalal dari Perak yang akan pencen begitu setia pada Sarawak ini.

Di Julau saya pernah berkawan dengan seorang anak Felda dari Gedangsa Tanjong Malim berbangsa Cina bernama Cikgu Ng yang mahir ICT dan bahasa Melayu sangat fasih. Dia pernah cerita bahawa semasa bersekolah di Tanjong Malim mereka mengambil subjek pendidikan Islam dan lulus cemerlang dalam LCE malah hafal membaca surah al fatihah. Kini menjadi pengetua di Miri.

Saya pernah berkawan dengan cikgu Terence Naidu, guru India yang berkahwin dengan gadis berbangsa Iban. Beliau mengajar di SK St Paul Roban pada tahun 96. Beliau begitu rapat dengan masyarakat Iban.

Sebenarnya ramai orang-orang Semenanjung yang berkhidmat dengan setia dan sayang pada Sarawak atau Sabah ini samada bertugas sebagai guru, polis, tentera, jururawat dan jabatan kerajaan dan swasta yang lain-lain.

Malah ada yang pulang ke Semenanjung selepas berkhidmat masih tetap sayangkan Sarawak.

Seperti yang saya pernah sebut bahawa orang Sarawak dan Sabah mempunyai sense of acceptence yang tinggi maka kami dilayan dengan baik hingga kami dapat lihat INILAH WAJAH INDAH SEBENAR SARAWAK DAN SABAH.

Kesimpulannya, dimana kita bertugas jadilah seperti lebah mencari yang manis dan menarik untuk bekalan, bukan jadi seperti lalat mencari yang busuk seperti najis.

Cikgu mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima cikgu disini walaupun cikgu bukanlah sempurna sebagai manusia.

Semoga sahabat cikgu yang mempunyai rakan-rakan semenanjung yang sayangkan Sarawak bolehlah tag nama mereka di sini.

Tq Aki Agum. Proud of you! Anda tidak pernah membezakan malah tidak mahu dibezakan kerana kita di Sarawak ini hanya tahu 1 perkara sahaja. We Love Sarawak!

Comments

comments