Pengalaman menarik sebagai guru, saya dapat belajar Bahasa Iban dari anak murid Iban

Pengalaman menarik sebagai guru di sekolah anak-anak Iban ialah guru dan murid saling belajar bahasa ibunda masing-masing.

Jawapan yang diberi oleh anak-anak murid betul dari segi konsep tetapi salah dari segi bahasa. Sebab jawapan dalam bahasa Malaysia diganti dengan bahasa Iban.

Tetapi bagi saya itu bukan kesalahan besar. Ianya perlu diperbetulkan sahaja. Sebab itu saya takĀ marah, malah saya sendiri belajar bahasa Iban menerusi mereka.

Teringat smasa mengajar sains tahun 2006, penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains turut memberi pelbagai jawapan. Bila tiba bab serangga, maka jawapan seperti indu utai (semua serangga), buntak (mentadak), indu manji (tabuan atau lebah), indu gerinang (lipas) dan semadak (semut) semua keluar dari mulut anak anak.

Semasa mengajar bahasa Malaysia, saya membuat ayat penjodoh bilangan :

“Ali berbaris untuk mengambil semangkuk kanji di surau”

Maka berdekah-dekah murid-murid didalam kelas. Rupanya kanji tu maksudnya gatal. Adoi! Tak tahan saya ketawa.

Mungkin kerana pengetahuan sedia ada yang kurang kerana perbezaan bahasa. Malah bila saya tunjukkan gambar katak di bawah tempurung, jawapan seorang murid saya ialah “Katak dibawah sungkup

Bila saya tanya rakan-rakan, “sungkup” itu keranda.

Bila mengajar tentang permainan tradisional, saya mulakan ayat : “Siapa pernah bermain-main bersama kawan-kawan dijalanan rumah?”. Ramai lah yang mengangkat tangan dan jawapan yang paling top ialah kami “rinduk main belalai cikgu”. Lalu terbayang diwajah saya apakah ada gajah di sekolah ini?

Demikianlah pengalaman mengajar anak-anak ini. Yang penting kita ambil win win situation. Anak-anak dapat manfaat belajar BM, guru dapat manfaat belajar bahasa Iban. Tak perlu marah-marah, mendidik perlu sabar.

Itu belum cerita kawan cikgu pinjam parang dengan makcik Iban masa gotong royong PIBG. “Makcik boleh saya pinjam parai?”.

Comments

comments