Tadi saya singgah di Kampung Jerijeh kerana ingin mengambil tempahan kuih Takir yang sangat sedap.
Pertama kali saya menjamah kuih ini ialah semasa ianya dihidangkan ketika saya memberikan Motivasi UPSR di SK Abg Buyuk Jerijeh.
Sebenarnya kuih takir ini memang menjadi antara kuih kegemaran saya di Sarawak.
Ini lah kuih Takir yang paling sedap pernah saya rasa.
Saya menempahnya dari seorang guru dan dia membawa saya terus ke rumah pembuatnya.
Beliau dikenali sebagai Usu Alus dan juga isteri kepada Ketua Kaum Kampung Jerijih iaitu Encik Bakri Yaman.
Isi kuih Takir ini sangat padat dan memenuhi permukaan ‘perahu’ yang dibuat dari daun nipah.
Kuih hasil air tangan Usu Alus ini amat kenali hingga ke Sibu, Bintulu dan Miri. Malah di Belawai kuih ini sentiasa mendapat permintaan tinggi.
Di Sibu kuih Takir Usu Alus ini terjual dengan harga 50 sen setakir.
Saya amat bernasib baik kerana dapat membelinya sebagai bekalan berbuka puasa nanti.
Selain kuih takir beliau juga membuat kuih muih sarawak yang lain seperti kuih Selorot.
Kepada sesiapa yang ke Belawai bolehlah mencari kuih takir usu alus.