5 Jenis Mee Kegemaran Masakan Sarawak

Mee merupakan makanan yang sangat popular di Asia. Kebanyakan makanan berasaskan mee juga dipengaruhi oleh masakan dari kaum Cina. Namun begitu makanan ini mudah diadaptasi oleh masyarakat tempatan. Maka setiap kaum di Malaysia mempunyai versi mee mereka tersendiri. Seperti Mee goreng Mamak dan Kuetiaw basah Melayu.

Di Sarawak makanan berasaskan Mee sangat sinonim dengan daerah-daerah di sini. Memandangkan bumi kenyalang ini sangat luas dari Sematan menjangkau ke Lawas maka terdapat berberapa variasi makanan berasas mee yang sangat enak untuk dinikmati.

Berikut adalah senarai Mee yang sangat sinonim dengan selera orang-orang Sarawak. Mungkin sahabat-sahabat dari Semenanjung boleh mencubanya bila berkunjung ke sini.

1. Mee Kampua

Kampua Sibu

Mee ini sangat terkenal di Sibu. Mee kampua adalah sejenis mee yang berasal dari makanan masyarakat Foochow yang sememangnya mendominasi kawasan Sibu dan Sarikei.

Mee nya di makan dengan sup dan minyak bawang serta kicap memang cukup menyelerakan pengemar mee.

Di jalan Tekam Sibu terdapat mee kampua terbang yang terkenal dimana meenya ditapis air celuran dengan menggunakan kaedah lambung.

Mee kampua terbang (Kredit Foto: Sing Kiet Kong)

Di Sibu, mee kampua boleh dinikmati oleh semua kaum kerana turut dijual oleh masyarakat Islam yang mengubahsuai bahan masakan sesuai dengan bahan yang halal. Kalau ke Sibu jangan lupa makan Mee Kampua.

2. Mee Belacan

Mee Belacan (Kredit Foto: Selera Seri Sarawak)

Dia ini macam Mee tapi bukan Mee sebaliknya menggunakan Mee Hoon sebagai bahan asas selain kuahnya yang dimasak menggunakan belacan sebagai bahan utama.

Mee Belacan sememangnya sangat popular di Sarawak. Malah kini ia boleh didapati di restoran yang berkonsep hispter. Kalau ke Kuching jangan lupa… Mee Belacan Satu!!!!!

3. Mee Kolok

Tak lengkap rasanya kalau datang ke Sarawak ini tanpa menjamah Mee Kolok. Ia satu kerugian besar kerana Sarawak dan Mee Kolok ibarat irama dan lagu.

Mee Kolok merupakan mee kering yang agak halus seperti mee sanggul dicelur dan dimakan disebatikan dengan kicap dan minyak bawang (macam mee kampua juga) kemudian di makan dengan sup daging.

Mee kolok (Kredit Foto: Thatsofarah Travel Journal)

Mee kolok kini diubahsuai dengan cara menyediakan mee ini menggunakan pelbagai cara seperti Mee Kolok Goreng, Mee Kolok Sup dan yang terbaru Mee Kolok Laksa.

Di Kuching terdapat beberapa tempat menjual mee Kolok yang sedap tapi selera saya tetap terpikat dengan Mee Kolok Pak Long Cafe Sri Aman. Mantap!!!

4. Mee Udang

Mee Udang Galah (Kredit Foto: Dahari Joll)

Mee Udang ini menjadi fenomena sejak mula dikenali di Kg Gumpey Gedong Serian. Memandangkan di Sarawak sungai nya menawarkan Udang Galah berkualiti tinggi.

Sg Nyabor, Sg Sesang dan Sg Seblak di daerah Kabong banyak mengandungi udang galah yang bertaraf premier. Udangnya besar dan bersepit biru. Menjadi syurga pemancing dan penjala udang meskipun berisiko tinggi berdepan dengan buaya air masin yang menjadikan sungai tersebut sebagai habitatnya.

Namun demi udang berkualiti yang sentiasa mendapat pasaran pengusaha restoran mee udang di simpang Nyabor Sesang. Mee Udang yang ditawarkan kepada pelanggan ialah mee goreng Udang Galah dan Mee Kuah Udang.

Harga bergantung kepada saiz udang yang ditawarkan. Ada yang semurah RM8 sepinggan dan paling mahal RM25 sepinggan. Namun udang galahnya…perghhhh….cair bro….

Nak Mee Udang datanglah ke Kpg Nyabor di sini sudah ada 3 atau 4 warung yang menjual mee udang. Pilihan saya ialah Warung Nek Dara.

5. Laksa Sarawak

Laksa Sarawak (Kredit Foto: Laksa Sarawak Sedap)

Hmm…tak lengkap rasanya kalau tak makan laksa sarawak kalau datang ke Sarawak.
“Ehhh ni bukan laksa? Ni bihun kari kan?” Kata rakan saya dari Kuala Lumpur bila mula merasai laksa Sarawak.

Saya menyatakan laksa di Sarawak merujuk kepada bihun. Jika laksa asam yang selalu kita makan di Semenanjung dipanggil laksa penang di Sarawak.

Laksa Sarawak ini terletak kekuatannya kepada kuah rempah ratus yang menjadi intisari utama makanan ini. Rempahnya yang meresap pekat bersama kepedasan yang mampu membuat telinga berasap tetap memberi nikmat yang tidak terkata. Apatah lagi di gaul dengan belacan cabe…adoh adohhhhh…jujuh air liur.

Pati kuah laksa kini boleh dibeli di.kedai kedai serbaneka dan runcit. Kalau dulu perencah cap burung jadi pilihan.Kini perencah laksa Haji Manan jadi santapan sebab sangat sedap. Jom cari laksa!

Demikianlah kisah masakan berasaskan mee yang popular di sarawak ini. Jadi jika anda ke Sarawak cubalah masakan Mee ini. Pasti anda akan dapat merasankan kelainannya berbanding Mee ditempat lain. Sarawak ini adalah syurga makanan. Jom datang ke Sarawak. Lan..berambeh situk.

Baca juga: 9 Tempat Makan Yang Best di Kuching Sarawak

Comments

comments