Bola Sepak Sarawak: Ubah Mentaliti, Perkasakan Iltizam & Bina Identiti

Sarawak merupakan negeri yang terbesar berbanding jiranya Sabah dan Semenanjung. Dengan jumlah penduduk hampir 3 juta orang dari pelbagai etnik dan kaum maka jelas bahawa Sarawak ini boleh menjadi sebuah negeri yang mampu menghasilkan ahli-ahli sukan yang terkenal.

Malah sebelum ini siapa tak kenal atlit-atlit yang berasal Sarawak yang pernah menjadi jaguh peringkat antarabangsa. Sapok Biki, Watson Nyambek dan terkini Pandalela Rinong. Namun akhir-akhir ini kelihatan agak suram dunia sukan sehinggalah Jonathan Nyipa dan Jackie Wong menyerlah di Korea Selatan baru baru ini. Namun bagi sesetengah bidang sukan mula menurun.

Bola sepak contohnya, Sarawak pernah menjadi pemenang piala Liga dan piala FA di negara ini. Namun ianya hanya mampu kekal seberapa ketika. Zaman Awang Mahyan merupakan kickstart bola sepak Sarawak mula keluar dari kelompok terbawah. Slogan Ngap Sayot juga bermula dari era beliau. Bila sampai ke tangan Alan Vest, Sarawak terus mendaki puncak.

Akhir-akhir ini bolasepak bagai kehilangan punca mencari puncak. Kekalahan menjadi sinonim bagi team Bujang Senang. Antara kelemahan sarawak ialah mempunyai persektif bahawa ada team yang lebih baik. Melihat kekalahan dengan JDT baru baru ini mengundang peminat mengutuk team sendiri sebaliknya memuji JDT. Malah ada komen netizen meminta TMJ beli team swk dan majukan bolasepak sarawak. Ini sangat tidak patriotik.

Sarawak ada banyak billionair. Kalau Vincent Tan boleh beli Cardiff dan Tony Fernandes boleh beli QPR, tokey besar Shin Yang, RH dan CMS patut melabur untuk pembangunan bolasepak profesional Sarawak. Dengan ini pemain pemain import luar negara yang berkualiti dapat dibeli khidmatnya.

Berikut adalah dapatan peribadi saya serta saranan saya untuk pembangunan bolasepak sarawak. Maaf dipinta jika cadangan saya dangkal.

Antara kelemahan The Crocs ialah :

Pemain-pemainnya seolah-olah terlalu menghormati pihak lawan

Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan team berprofail tinggi seperti JDT, Felda Utd dan Selangor. Seolah-olah its ok kalau kalah dgn abg besar. Ini satu perspektif negatif yang patut diubah. Pemain kena kental dan kuat jiwa juang. Bertarung seolah-olah selagi wisel penamat belum berbunyi, kami belum kalah meskipun sudah ketinggalan 2-0.

Pengalaman team EPL boleh dijadikan teladan

2011 Newcastle ketinggalan 4-0 dengan Arsenal di separuh masa pertama. Malah peminat Magpie dah mula mengangkat punggung meninggalkan St James Park kerana tak sanggup melihat pasukan kesayangan mereka dimalukan. Namun beberapa pemain pemain NewCastle terus berjuang hingga Abou Diaby (Arsenal) dibuang padang dan mereka mengambil peluang ini dalam baki 20 minit tersisa NewCastle berjaya menyamakan gol dan keputusan berakhir 4-4.

Liverpool pernah ketinggalan 3-0 dengan AC Milan di liga Juara Eropah dan membuat comeback 3-3. Semua ini sebab ada semangat juang yang tinggi. Malah mereka tahu peminat membayar tiket dan berkorban utk menonton mereka dan mereka wajib MEMBAYAR kembali keyakinan peminat dengan persembahan yang mantap dan jika boleh mempunyai keputusan yang dramatik.

Pasukan Sarawak perlu ada semangat yang tinggi seperti ini. Prinsip AGI IDUP AGI NGELABAN perlu dihadam dan di doktrin dalam jiwa pemain. Play with spirit..jako urang ribai aku tok. Baru la Sarawak FA dipandang tinggi.

Seterusnya jurulatih terlalu banyak bereksperimen

Taktikal yang sentiasa berubah ubah dan kadang kala meletakkan pemain diposisi yang tidak digemarinya. Ini adalah umum bukan team Liga Super sahaja malah pasukan di eropah pun selalu melakukan kesilapan ini. Namun janganlah terlalu kerap.

Perak TBG selalu menghadapi masalah seperti ini setiap kali bertukar jurulatih. Namun mereka mempunyai trouble shooter yang baik iaitu Karl Heinz Weigang @ Atok Weigang.

Bila Atok datang membantu pasukan Perak menjadi lebih baik. Tapi sekarang Atok dah tiada lagi setelah meninggal dunia di Jerman bulan lepas.

Sarawak masih ada lagenda mereka. Alan Vest misalnya boleh berguru dengan dia sebab dia antara peledak kebangkitan bolasepak Sarawak. Kita boleh cuba.

Pengurusan yang mantap juga amat diperlukan untuk memperkasakan mutu bolasepak

Saya tidak mahu sangat menyentuh soal pengurusan FAS namun pasukan Sarawak cukup bernasib baik kerana mempunyai pengurusan yang tidak mengabaikan kebajikan pemain.

Rasanya tidak ada kisah pemain tak terima gaji selama 5 bulan. Tapi kita dapat bezakan zaman Dato Taha Ariffin menjadi presiden FAS dahulu dan pengurus Khan (saya lupa nama dia…google dlm wikipedia pun takde) mengetuai FAS. Mereka berjaya membawa kegemilangan Sarawak.

Mungkin ada rahsia atau inspirasi dari kebijaksanaan mereka mengurus yang boleh diadaptasikan pada pengurusan sekarang. Ketepikan Egoistik. Zaman dia, dia punya cara. Zaman aku, aku tahu apa nak buat. Buang sikap sebegini.

Perbanyakkan pencarian bakat atau scouting

Masalah utama bola sepak Sarawak ialah scouting. Di sini rasanya pemain dipilih melalui pertandingan Piala sarawak atau daripada bola sepak MSSS untuk pemilihan junior / youth.

Saya pernah lihat Perak FA mengadakan perlawanan persahabatan dengan team daerah dalam satu tour. Saya pernah lihat Perak bermain dengan Team Tanjong Malim. Ramai peminat memenuhi padang sebab nak tengok pemain-pemain Perak. Pernah juga Perak melayan team Taiping, team Teluk Intan. Sekali gus menampakkan kehebatan pemain-pemainnya yang boleh diserap untuk bermain dalam pasukan Liga Super Negeri.

Ingat MyTeam? Team yang ditaja oleh KBS itu hanya berasal dari Jenderata FC Teluk Intan. Team estet sahaja tapi berjaya ditransformasi menjadi pro.

Sarawak perlu buat begini. Sarawak perlu selalu buat tour, main di Sri Aman, main di Betong, di Lubok Antu, di Saratok, di Sarikei, Sibu, Kapit hinggalah ke Lawas. Ini dapat mengesan pemain-pemain baru yang berbakat. Pemain-pemain ini akan all out kerana mereka melayan team Bujang Senang pujaan mereka.

Semasa Dato Taha memimpin ada piala Datuk Taha untuk mengesan pemain-pemain muda, antara pemain yang lahir dari piala ini ialah Affendi Julaihi, Ramos dan Ramles Sari.

Sekarang memang banyak kejohanan liga kampung dibuat atas dasar piala tajaan YB di DUN tersebut. Tapi persoalannya ada tak pegawai scouting datang melihat bakat-bakat ini?

Itu belum lagi bakat-bakat bolasepak yang ada di sekolah-sekolah pedalaman. Di Belaga banyak pemain pemain hebat. Di Kapit dan Baram pasti ramai, sampai ada yang wakil daerah ke peringkat bahagian dan negeri. Tapi bila pemilihan untuk ke kejohanan kebangsaan dipilih pemain pemain berhampiran bandar, atas alasan kos, akhirnya bakat terpendam macam itu sahaja.

FAS perlu buat tour game dengan pasukan daerah

Tidak diragui peminat Sarawak adalah didalam kategori diehard. Mereka sayang pasukan Sarawak. Mereka sanggup berhabis wang untuk ke stadium. Malah jika berjaya masuk ke tahap suku akhir mereka sanggup ke KL untuk memberi sokongan.

Tapi apakah balasan FAS pada peminat peminat team Sarawak selepas musim berakhir.

Tolonglah wujudkan tour game dengan pasukan daerah. Sarawak adalah negeri yang paling banyak stadium. Sri Aman ada Stadium KPSU tapi berapa kali kah FAS membuat latihan pemanas badan di sana bersama pasukan Sri Aman.?

Betong, Sarikei, Mukah dan Sibu hingga Limbang ada stadium, pergilah bermain disana kerana ramai peminat Bujang Senang dahagakan aksi anda secara live. Bukan sekadar nak tengok konsert sahaja di stadium. Kukuh kan hubungan FAS dengan peminat tempatan.

Inilah satu cara utk menghargai peminat yang sanggup pergi ke Stadium negeri untuk melihat perlawanan melibatkan Sarawak. Harap selepas ini Sarawak akan kerap masuk ke daerah lain seperti Kapit…kerana mana tahu disana ada permata hebat dalam.bolasepak Sarawak.

Wujudkan Liga Perdana Sarawak

Sarawak sepatutnya mencontohi Scotland kerana mempunyai SPL dan pasukannya seperti Celtic, Aberdeen, Dundee United gah di Eropah. Kita bercakap tenang semangat S4S mari kita terjemahkan dalam bola sepak Sarawak. Kita wujudkan liga perdana Sarawak.

Sekarang Sarawak ibarat Wales sahaja dimana Swansea, Cardiff dan Wrexham menumpang di English League. Kita perlu ikut Scotland. Bangga jika kita ada Kuching Utd, Serian Wanderers, Sri Aman Gators, Betong Slayers, Sarikei Antler, Sibu City FC, Bintulu Bash, Kapit Warriors, Miri City FC dan Limbang Kickers (sekadar nama fantasi saya, saya suka Linggapool hehehe).

Kita boleh jemput team dari Sabah dan Kalimantan untuk beraksi dalam Liga Borneo dan jika pasukan kelab kita bertaraf pro kita boleh mohon untuk bertanding dengan kelab-kelab Asia atau Asean.

Bestkan kalau JDT vs Kapit Warrior dalam perlawanan kumpulan. Main kat Stadium Kapit. We can do it!!! Yang penting semangat.

Oleh itu jadilah pasukan berjiwa besar, insyaallah Sarawak mampu menongkat langit pesada bolasepak di Asia.

YANG PENTING SEKARANG MENTALITI KENA UBAH.

Sekian dari tinta saranan cikgu Emmet.
Maafkan saya jika saranan ini dangkal. Jika salah saya mohon maaf. Jika elok pertimbangkan lah demi kemajuan bola sepak SARAWAK.
Saya izin share jika bermanfaat.
Copy and paste adalah dilarang sama sekali.

Comments

comments