Kita Sendiri Yang “Sakit”!

Semalam di SK Jalan Deshon Sibu. Selepas memberi ceramah motivasi saya lihat beberapa orang pelajar nya berbaris untuk minum di water dispenser ini. Hanya ada 2 gelas. Lepas minum mereka passing cawan dengan rakan dan mereka terdiri dari pelajar Iban dan Melayu. Yang terakhir akan bersihkan cawan dan letakkan kembali.

Saya pun meninjau cawan itu. Hanya ada satu warna dan satu jenama. Tiada tertera sticker untuk kaum atau agama tertentu.

Zaman saya sekolah di Teluk Intan tahun 70an saya pernah juga share ice cream malaysia dengan kawan-kawan termasuk yang India semasa kami di sekolah rendah.

Hygine issue? Hmmmm takde pula diantara kami yang sakit akibat berkongsi ice cream waktu itu. Cuma zaman sekarang ia jadi isu mungkin kerana ‘KITA’ SENDIRI YANG ‘SAKIT’.
Jadi scan hati kita. Kemuliaan agama mendidik dan membersihkan hati kita.

Andai hati kita kotor, agama tetap mulia, yang hina ialah diri sendiri.

Kudos to SK Jalan Deshon Sibu.

Comments

comments