1. Pokok Kekabu Kubu Alice
Area ini antara tempat yang agak keras kerana pernah dilihat kelibat putih terbang pada waktu tengah malam. Entiti yang tidak diketahui dikatakan terbang dipucuk kekabu dan menghilang di seberang sungai.
2. Rumah Sri Aman
Kerap diceritakan bahawa tempat ini sering kedengaran orang mengilai. Lokasinya diatas bukit dan dikelilingi pokok ketapang tua menguatkan impresi gerun bagi sesiapa yang melalui kawasan itu terutama pada waktu tengah malam.
3. Batu Besar Taman SriJaya
Rakan saya pernah melihat kelibat wanita berbaju putih diatas batu tersebut semasa menyidai baju di porch pada jam 12.00 tengah malam. (Beliau suka mencuci baju waktu malam kerana waktu itu tekanan air rendah disebelah siang) kejadian tahun 2006.
4. Simpang jalan Hollis dan Micheal Pilo
Tidak hairanlah 2 tempat ini selalu berlaku kemalangan jalanraya kerana dikatakan orang sebagai ‘keras’. Pada waktu tengah malam sesiapa yang melalui jalan ini menaiki motorsikal pasti akan terasa ‘meremang’.
5. Bukit Tangki Air SMK Sri Aman
Saya pernah bersembang dengan pengawal keselamatan kuarters guru disitu. Menurut beliau pernah mendengar bunyi pelik yang menyeramkan di kawasan bukit tersebut. Malah beliau pernah melihat kelibat perempuan ditengah malam semasa menjalankan tugas meronda.
6. Jalan antara Tg Bijat ke Bakong
Rakan saya yang mengajar di St dunstan pernah bercerita satu hari ketika hujan panas dia pulang dari sekolah menuju Sri Aman dan melintasi hutan bukit ..secara tiba tiba kereta menjadi berat. Rasa sangat perlahan walaupun minyak ditekan. Pada masa yang sama badan merasa sejuk sejuk. Beliau membaca ayat kursi. Tak lama kemudian keadaan menjadi pulih seperti biasa.
7. Bukit Bangku
Memang terkenal dengan beberapa kisah mistik sebelum beberapa bahagian bukit itu diratakan menjadi sebahagian Taman Srijaya, SK Agama dan Desa Indah.
8. Jalan Engkramut
Pengalaman saya sendiri bila memandu waktu malam saya hampir terbabas bila tiba tiba kaki saya terasa seperti dipegang oleh tangan berbulu dipedal. Sebelum itu saya melihat seekor haiwan sperti anjing hitam yang agak besar melintas jalan.
9. Pulau seduku (selepas ditinggalkan)
Saya mendengar sendiri kisah puntianak mengilai dihutan nipah pada waktu malam selepas latihan tarian menggunakan lagu berseruling dimainkan.
Kisah ini berlaku 2013 dahulu. Kini sudah tiada lagi selepas pihak sekolah menghidupkan aktiviti membaca al quran setiap malam secara beramai2 di surau menggunakan speaker.
10. Simpang jalan stawang
Dikatakan popular dgn kisah hantu guling dan pocong yang sering menjadi buah mulut penduduk kpg hulu pada tahun2 80an dahulu. Kononnya ada pokok ketapang besar di situ.
Ingat ‘ benda’ ini wujud…bukan imaginasi…
Kalau ada pengalaman lain boleh dikongsi di ruangan komen