“Ko dah sembahyang? Baik ko sembahyang…kalau tak aku bagi penampar”.
Saya masih ingat kata-kata itu terpacul daripada seorang guru yang juga rakan saya sama mengajar di SMK Sg Kruit terhadap pelajar-pelajar yang leka ketika waktu rehat masuk Zohor semasa latihan hoki.
Nama cikgu itu Kulasingam. Guru india yang beragama Kristian. Sekarang beliau sudah bersara.
Menariknya sepanjang saya mengajar bersama Sir Kulasingam sangat cair bahasa Melayunya.
Astragfirullah, masya Allah, Insya Allah…malah Lailahaillah pun dia sebut. Tapi dia masih seorang Kristian dan di kalangan kami yang beragama Islam dia sangat cakna tentang perkara wajib yang kami buat.
Kalau kami berjalan bersama-sama ke Ipoh atau KL dia akan carikan surau untuk kami tunaikan solat.
Sebagai jurulatih hoki yang terdiri dari anak-anak felda yang majoritinya muslim, dia sering mengingatkan agar pelajarnya berdoa sebelum bermain. Malah dia peka juga dengan aurat pemain walau pun pemain lelaki.
Itulah sifat keterbukaan seorang guru yang berlainan bangsa dan agama terhadap orang lain yang tidak seakidah dengannya.
Kisah kedua ialah dari rakan FB saya sendiri iaitu Rajinder Singh. Berikut saya share tulisan dia yang saya petik rakan Fb beliau. Jom baca.
Selesai sahaja kelas Matematik Tambahan, adik beradik dari Gombak KL ini mahu dirikan solat Asar.
Seperti biasa, kita pun bagi la 2 soalan tambahan untuk mereka buat dan cepat-cepat la kita vakum dan mopkan bilik kita tu…bilik saya tu agak “semak” sikit dengan buku-buku dan bahan makmal…ishhh rasa tak sedap hati pulak bila bilik yang tak kemas ini ada yang nak dirikan solat.
Maklum la…nak sembahyang ni kita sediakan lah kawasan yang bersih dan selesa untuk mereka dirikan solat”
Baguih depa ni, semoga segala usaha mereka menimba ilmu diberkati oleh-Nya.
ps: Arah Kiblat student lama dulu yg tentukan guna kompas kiblat, tetapi sekarang ni ada apps jugak yea.

Kesimpulannya Kula dan Rajinder Singh faham bahawa hidup dalam masyarakat berbilang kaum perlulah ada sifat toleransi, hormat menghormati dan faham memahami. Kita hanya ada negara ini sebagai tempat bernaung. Marilah kita bina negara ini dengan sikap bersatu padu dan meraikan persamaan dan menghormati perbedaan.
Terima kasih Sir Kula dan Sir Raj. Di luar sana ramai yang seperti anda dikalangan Cina, Iban dan lain-lain, kerana kita berbeza kulit dan rupa tapi warna darah yang sama. Kami adalah Malaysia.