Pemerhatian Saya, Ini 10 Sebab Kita Jarang Aktif dalam Group Whatsapp

Perasan tak kenapa ada diantara kita jarang aktif dalam group whatapps rakan-rakan sekolah atau IPT dulu?

Saya dapati banyak sebab yang mempengaruhi kita malas nak aktif atau sekadar menjadi pembaca pasif. Nak left group takut ada yang kecil hati.

Antara yang pemerhatian saya melalui pengalaman sendiri dan tinjauan terhadap pendapat rakan lain, boleh lah saya simpulkan antara sebabnya ialah:

1. Rasa rendah diri

Ada rakan berjawatan tinggi manakala ada yang masih biasa. Malah dalam usia yang semakin tua ada semakin akan yang berjaya seakan sinis dengan pencapaian rakan yg biasa-biasa. Sedangkan mereka habis belajar di masa yang sama.

Aiii 24 tahun ngajar jadi cikgu biasa je? Tak dapat naik pangkat ke? Kita pun taip emoticon????

2. Rasa diri terlalu tua

Kadang-kadang wujudnya group whatapps menyebabkan terbinanya 1 ruang dimana kita rasa seperti zaman sekolah atau IPT dahulu. Jadi corak penceritaan rakan-rakan lebih mesra dan kebudak-budakan seolah berada dlm zaman muda.

Bagi rakan yang berumur merasakan adalah tidak matang untuk bercakap demikian. Akhirnya mengambil keputusan untuk diam.

3.Melukut ditepi gantang

Rasa di pinggir.

Kita teruja bertanya khabar dan menghantar posting, sebaliknya rakan-rakan memberikan yang respon yang tak da kena mengena dgn soalan kita.

Pendek kata soalan kita tak dilayan langsung sebaliknya soalan orang lain mendapat perhatian pula.

4. Dia sahaja yang kaya, bahagia dan warak

Wujud puak-puak.

Ada yang jenis suka menunjuk-menunjuk. Ada yang suka nasihat orang lain seolah dia yg betul. Ada rasa dia pandai segalanya.

Semua ini ada Colleague nya yang tersendiri. Sindir menyindir sering berlaku.

5. Tak diumpamakan

Ada rasa macam dirinya tak wujud.

Yang ini lebih kurang macam No 3 cuma lagi teruk macam dipulaukan langsung. Lebih-lebih lagi kalau dalam group saudara mara.

6. Sibuk sangat

Mungkin faktor kita sendiri yang sibuk utk menyampuk dlm group. Menyebabkan kita jadi pembaca pasif. Nak menyampuk susah juga sebab ada 400 mesej berbaris.

7. Tak suka dengan mesej bergambar dan gif yang banyak

Kita jadi pasif bila kita sedari ramai kawan-kawan suka send gambar yang tiada kena mengena dengan matlamat group. Group silaturrahim dah penuh dengan gambar selfi.

Kalau sekali sekala ok, kalau sehari 4 kali muka yang sama…pening juga. Yang lebih dahsyat bila ada yang pos gambar berunsur sexual…hmmmm…terus bungkam kita jadinya.

8. Tempat luah perasaan

Kita jadi pasif dalam group bila kita lihat ada ahli group jadikan platform Whatsapp sebagai tempat luah perasaan.

Kalau group itu bersifat support group (mungkin 10 org sahaja yg jenis dipercayai) ok juga…tapi group rakan sekolah, universiti atau saudara mara yang ada 50 ke 100 ahli..hmmm lama lama jadi group Kisah Rumah Tangga.

Lepas tu ramailah kaunselor, peguam bela, hakim yang tak de tauliah campur perisa.

9. Terima je…dah kawan jemput masuk

Dia kawan ajak join group tupperware dan noxxa. Sedangkan kita kaki ngail. Nak left. Ahli group tu lawa2 cantik2 pulak tu. Huhu

10. Bini yang invite

Group ni kita tak boleh buat apa2. Bini dah invite..kita join je la…berani ko nak left?

Kesimpulannya, walaupun kita mungkin terguris tapi kita masih tidak sanggup left group kerana kita SAYANG mereka walaupun kita ini bukan siapa-siapa dimata mereka. Itu sahaja dah cukup menunjukkan kita org hebat.

Ingat tanpa orang-orang ini anda tetap mampu menongkah arus kejayaan hidup kerana mereka hanya segelintir manakala anda ada ribuan rakan yang positif yang sentiasa menyokong dan mendoakan anda.

-motivasi cikgu emmet-

Sila share untuk pujuk hati masing-masing hahaha.

Comments

comments