Satu ketika semasa saya mengajar di SMK Saratok 20 tahun lalu.
“Selamat pagi cikgu”, Patricia menegur saya saat saya membuka pintu bilik seni.
“Selamat pagi” saya menjawab ucapan pelajar saya yang berusia 15 tahun sambil tersenyum. Setelah melabuhkan duduk di kerusi, saya masih melihat Patricia di muka pintu. “Kenapa kamu masih di situ?” Tanya saya.
“Boleh saya tolong sapu dan kemas-kemas meja cikgu” sambung Patricia lagi.
“Hmmm…boleh”. Saya pun keluar ke koridor dan Patricia memanggil 2 lagi rakannya yang sudah sedia menunggu. Mereka bertiga menyapu bilik seni dan mengemas meja saya.
“Bagusnya kamu ni…rajin rajin semua”. Usik saya melihat mereka membersihkan bilik.
“Dah biasa cikgu…di rumah mak ajar buat kerja mengemas rumah macam ni”.
Begitulah bila adab yang baik diajar oleh ibubapa dan dibawa ke sekolah. Ia menjadi satu amalan yang cukup positif. Alhamdulillah ketiga-tiga mereka sekarang sudah berjaya.
Patricia sudah jadi guru dan rakannya ada yang menjadi pengamal undang-undang.
Tadi saya terbaca status bekas pelajar saya yang sekarang ini menjadi guru praktikum, mengajar di sebuah sekolah di bandar.
Ini lah status yang ditulisnya
‘Sial!’, ‘kim**’! Nampak lucah bukan? Itulah pertuturan yang wajib bagi anak-anak muda sekarang. Malahan kalimah Allah digantikan dengan kalimah lucah ini.
Pelajar perempuan, tanpa segan silu menyebut perkataan ‘BUT*’ di hadapan aku yang hanya relief kelas mereka pada waktu itu. Sekadar memberi teguran, aku dihadiahi dengan satu jelingan tajam.
Kenapa perlu bersifat biadap? Seorang guru boleh menghormati 30 orang pelajar, tetapi kenapa 30 orang pelajar tidak mampu menghormati seorang guru?
Aku pasti , seorang guru tidak pernah mengajar anak didik mereka bersikap kurang ajar bahkan tidak pernah mengajar anak didik mereka perkataan yang lucah. Tiada istilah ‘ ok kelas, hari ini kita akan belajar perkataan sial’ ataupun ‘ tolong bina ayat daripada perkataan puk***k’ nanti kita bentang di hadapan pengetua.
Tetapi mengapa masih guru dipersalahkan dek kerana sikap anak muda berperangai sedemikian? Sedih. Memang sedih tapi itulah kenyataannya (Sumber @ status asa/)
Demikianlah ragam dan olahan pelajar zaman menuju TN50 ini. Biadap ini memang tidak pernah diajar oleh mana-mana guru. Sebab terdapat keseimbangan antara ajaran ibubapa di rumah dan guru di sekolah.
Zaman saya masih bersekolah tahun 80an saya masih ingat guru saya merokok sambil mengajar. Ye MEROKOK SAMBIL MENGAJAR. Guru zaman itu selamba sahaja merokok di kantin dalam keadaan terbuka. Jika dilihat dari adab…itu memang biadap. Tapi tiada pun pelajar yang ikut merokok di kelas atau di kawasan sekolah. Kami masih mencuri-curi merokok di bawah longkang atau dalam kebun. Sebab takut dan hormat.
Cuba lihat apa yang berlaku sekarang? Semua terbalik. Pelajar makin kurang adab dan bertambah biadab dengan guru.
Kenapa?
Sebab di rumah mereka tidak pernah ditegur jika biadap. Jadi pada mereka biasalah kalau mencarut dan melucah di mulut sebab tidak pernah dimarahi.
Maka lahirlah generasi yang adabnya makin menghakis, budinya makin terkikis yang banyak ialah karat karat carut dan maki hamun.
Ya Allah selamatkan generasi