Guru Disuruh Jadi Pengasuh & Dikatakan Makan Gaji Buta?

Dari apa yg saya faham, sindiran perempuan ini kepada guru ialah:

1. Sekolah cuti, mak bapak murid susah sebab tidak ada tempat nak letak ‘bebanan’ mereka. Jadi mereka pun susah dan terbeban. Nak suruh pengasuh jaga kena bayar mahal.

2. Sekolah tutup murid ramai ke panggung wayang. Seolah-olah cikgu juga yang salah sebab cuti. Jadi masalah disiplin berpunca dari cikgu cuti.

3. Pada ibubapa yang tidak ada ‘maid’ itu eloklah hantar ke sekolah BUKAN BELAJAR PUN, CIKGU TOLONG JAGA DARIPADA DAPAT GAJI BUTA.

4. Cikgu cuti pun bukan buat kerja, pergi shopping, jalan-jalan balik kampung.

5. INI BUKAN FITNAH. DIA CAKAP FAKTA.

APA MASALAH ANDA YANG ANTI GURU INI?

Masa di sekolah dulu pernah makan penampar setiap hari ke? Saya rasa yang kena makan penampar tu yang hormat cikgu dia sampai sekarang.

Atau pernah mengurat cikgu tapi cikgu tak layan agaknya?

Atau nak jadi cikgu tapi tak layak kot?

Tolonglah…jangan rendahkan martabat kami.

Kami mengajar ikhlas tak kira masa semuanya kerana menurut perintah yang diberikan oleh pentadbir untuk dilaksanakan.

Kami tak makan gaji buta. Kamu ingat kami ada magic wand? Sekali ketuk kepala anak-anak anda dah boleh baca abc dengan lancar? Kami ini yang TUNJUK DAN AJAR.

Kadang-kadang anak-anak guru pun tak pandai baca tapi anak orang lain yang guru ajar cepat pandai. Apa lagi yang tak puashati?

Kami tak makan gaji buta. Fakta yang nyata ialah banyak kerja yang guru buat semasa ibubapa yang kuat komplen ini sedap membuta malam-malam. Kalau anak-anak nakal, kami yang sebenarnya hadap perangai SEBENAR anak-anak anda.

Anak anda dirumah macam malaikat tapi bila jumpa kawan di sekolah, ada yang buat benda tak masuk akal.

Selalu bila ada kes, ibubapa yang dipanggil akan jawab “..eh..anak saya kat rumah baik…kenapa kat sekolah pandai mencuri pulak..cikgu biar betul?”.

Ohh kami pulak yang tak betul?

Apa lagi yang anti guru ni mahu sebenarnya?

Nak kami kerja office hours? Kerja kami kadang-kadang 24/7 tau tak?

Cuti banyak? Ok…apa kata kalau anak murid pun tak payah cuti? Baru fair and square…tak nak pulak?

Gaji banyak? Gaji kami sama dengan pegawai BERIJAZAH yang lain (kami bukan low class ok).

Kesimpulannya tolonglah jangan sakitkan hati kami dgn komplen anda yang memandai mandai macam pandai sangat. Kami pun tak sanggup nak suruh anda jadi cikgu sebab kami tahu kamu tak kan mampu, boleh punah ranah jadinya.

Oleh itu kerja kami biar kami uruskan. Anda hormati sahaja apa yang kami korbankan. Kalau pun tak mampu nak hargai, DIAM adalah penghargaan terbaik kami harapkan daripada kamu membuat penghinaan.

Sekian Cikgu Emmet.

Comments

comments