Indahnya Bersukan di Sekolah Pedalaman

Mereka tidak pernah mengharapkan kaki mereka berlari menjejak trek tartan, apatah lagi bermain badminton di stadium tertutup. Namun bagi mereka penyertaan dalam pertandingan sukan amatlah penting.

Malah untuk ke gelanggang pertandingan juga merupakan satu cabaran yang hebat dan harus ditempuhi oleh guru-guru, akp dan murid.

Inilah indahnya bersukan di sekolah pedalaman

Bermula awal pagi pada 3hb Oktober yang lepas murid murid SK Batu Bungan Mulu sudah bersedia bersama-sama guru-guru dan akp bergerak sebagai 1 kontinjen ke SK Long Wat , Baram.

Kredit Foto: Suraya Salleh

Perjalanan menggunakan 5 buah bot panjang yang membawa murid-murid seramai 22 orang 6 guru dan 4 akp memakan masa lebih 5 jam untuk tiba di sekolah kebangsaan Long Wat yang menjadi tuan rumah kejohanan MSSR zon Tutoh Apoh.

Kredit Foto: Suraya Salleh

5 jam mengharung perjalanan turut membawa bekalan makanan, pakaian, peralatan dan sebagainya. Malah ada ketika mereka terpaksa berhati-hati menempuh arus deras dan mengelak kayu-kayu hanyut di sungai.

Kredit Foto: Suraya Salleh

Mereka juga turut berlabuh untuk berehat ditebingan sungai untuk makan tengahari dan menyambung perjalanan menghilir arus ke destinasi.

Kredit Foto: Suraya Salleh

Selepas lebih 5jam berpanas dan berpadatan didalam bot panjang maka tibalah mereka di SK Long Wat.

Ketibaan mereka rupanya disambut dengan keadaan sekolah yang ditenggelami air banjir pasang.

Kredit Foto: Suraya Salleh
Kredit Foto: Suraya Salleh

Namun semua itu tidak melemahkan semangat anak-anak SK Batu Bungan yang terdiri dari anak-anak Penan dan Berawan. Kejohanan diteruskan selepas keadaan banjir surut.

Beberapa acara dipertandingkan antaranya olahraga dan acara padang serta sukan lain seperti sepak takraw, futsal, badminton dan lain lain. Malah acara tarian dan kesenian turut diadakan.

Kredit Foto: Suraya Salleh

Pada akhir kejohanan SK Batu Bungan berjaya membolot 4 emas 7 perak dan 4 gangsa.

Kredit Foto: Suraya Salleh

Kejohanan ini dirasmikan oleh YB Gerawat Gala, turut disertai 8 buah sekolah lain iaitu SK Long Wat, SK Long Panai, SK Long Bemang, SK Long Atip, SK Penghulu Baya Malang, SK Long Seridan, SK Long Kevok dan SMK Long Bedian.

Inilah istimewanya bersukan di pendalaman. Pengalaman ini sangat indah dan menjadi kenangan lebih-lebih lagi bagi guru-guru Semenanjung dan guru-guru luar daerah ini yang terlibat mengajar disini.

Detik ini umpama emas bernilai. Terima kasih guru-guru dan akp yang menjayakannya. Anda terbaik

Comments

comments