Ini bukan di Santubong, bukan juga di Pantai Cherating atau Port Dickson. Namun bagi sesiapa yang berpeluang berkunjung ke Mukah pasti mengetahui tempat ini.
D’Sanglau Cafe yang terletak di Oya merupakan destinasi yang wajib dikunjungi jika anda datang ke Mukah. Selepas berehat usai memberikan motivasi di MRSM Mukah saya ke D’Sanglau dicadangkan oleh rakan-rakan.
But i never expect, keadaannya begini. Boleh ke masuk sini? Getus hati saya bila mahu membeluk kereta melepasi pagar. Macam rumah pesendirian sahaja. Risau juga.
Namun bila melihat beberapa buah kereta yang sedia parkir saya pun yakin untuk masuk.
Reka bentuk kafenya sangat menarik. Seperti kafe taraf resort pantai di Cherating Kuantan dan Port Dickson. Ada jejantas menuju anjung tinjau di tepi pantainya. Pokok-pokok Rhu menjadi latar bagaikan di luar negara.
Malangnya hari hujan lebat menghalang saya meneroka di sudut lain.
Yang pasti jika anda peminat fotografi yang suka menlensakan matahari terbenam bolehlah merakam momen itu dianjung tinjau.
Hujan yang lebat turut menghalang saya keluar lebih awal. Jadi saya dan keluarga mengambil keputusan untuk makan malam sahaja disini.
“MAHAL KE? MACAM TAK MAMPU JE” lagi sekali hati saya berbisik. Kami menempah semangkuk TomYam, Asam Pedas Udang, Ayam Penyet, Kangkung Belacan, Bawal Chili Thai, Telur dadar dan minuman limau asamboi. YA ALLAH harga makanan hanya Rm53 sahaja…manakala harga minuman utk 5 orang tak sampai pun rm10.
Sangat BERBALOI!!
Saya akan berkunjung lagi le sini nanti. Destinasi wajib.
D’Sanglau juga sedang berusaha mempertingkatkan kemudahan untuk kepuasan pengunjung. Antaranya ialah cadangan untuk membuat mini chalet agar pengunjung dapat menginap disini.
Kepada rakan rakan yang bercadang berkunjung ke Mukah dan Oya..singgahlah di D’Sanglau. Boleh jamu mata, tenangkan jiwa dan layan selera.
Catatan Cikgu Emmet.
Feel free to share.
Lebih info, rujuk laman FB D’Sanglau Cafe