Pokok Dabai di Terengganu

Gambar hiasan (Kredit Foto: 4BP)

Jika disebut Dabai maka pasti akan membayangkan Sarawak, lebih-lebih di kawasan Kapit yang mana Dabainya sangat enak dan berlemak.

Atas usaha Cikgu Mohd Rozi Shafiee dari Terengganu yang pernah mengajar di SK Nanga Tiau, Kapit, Sarawak benih pokok dabai dibawa ke Terengganu dan cuba ditanam di Terengganu pada 2009.

Cikgu Mohd Rozi Shafiee

Kini pokoknya sudah membesar dan berbunga dan pasti jika berbuah Dabai ini akan menjadi Dabai pertama agaknya di Terengganu.

Bukan tidak pernah yang mencuba menanam pokok ini di Semenanjung tapi agak sukar untuk hidup.

Rakan saya pernah cuba menanam Dabai di Perak tapi tidak hidup lama.

Buah Dabai yang seakan buah kana ini mempunyai kulit ungu kehitaman dan isinya juga ungu dan mempunyai lemak berwarna kuning cream. Rasanya lemak dan sangat sedap diulam dengan kicap dan garam. Malah ada yang membuat jeruk dan digunakan sebagai bahan dalam nasi goreng (nasi goreng dabai).

Rasanya memang sedap. Tahniah cikgu Rozi kerana berjaya menanam buah kebanggaan Sarawak di Terengganu.

Ada tak kawan-kawan cikgu di Semenanjung menanam buah dabai di sana?

Comments

comments