Begitu Luas Tugas Seorang Anggota Bomba Sehingga Kadang Tidak Terfikir Langsung Oleh Kita

Kalau kita selama ini rasa kerja kita susah cuba kita lihat bidang tugas anggota BOMBA.

Secara peribadi saya rasa anggota bomba ini sangat multi tasking. Tak perlulah kita lihat tugas hakiki mereka iaitu memadamkan kebakaran. Tugas mereka melangkaui lebih dari itu.

Dari menyelamatkan mangsa kemalangan jalanraya sampai ada kes memotong cincin di kemaluan lelaki pun perlukan bomba. Terperangkap dalam lif panggil bomba, sesat kat hutan panggil bomba.

Akhir-akhir ini bomba turut terlibat dalam proses menyelamatkan haiwan. Anjing masuk parit, BOMBA sanggup bantu keluarkan.

Ular sesat masuk rumah BOMBA tolong alihkan. Kucing masuk kolong, BOMBA juga yang tolong.

Buaya salah tempat ‘parking’ tiba-tiba naik ke darat, BOMBA juga tolong tangkap dan relokasi ke tempat baru.

Lembu korban lari menyorok dalam perigi, BOMBA juga tolong keluarkan. Semut api masuk mesin basuh pun dipanggil bomba untuk menyelesaikannya.

Inilah tugas mulia seorang anggota BOMBA. Kita tak tahu makan minum mereka masa bertugas mungkin terganggu saat panggilan kecemasan diterima. Mereka sentiasa bersedia kerana kecemasan datang tak kira masa. Sebab itu jangan mempermainkan mereka dengan panggilan palsu.

Terima kasih tuan puan anggota Bomba dan Penyelamat semoga Allah rahmati tuan puan.

Comments

comments