Surat Terbuka Pada Waris: Dihentak & Diinjak Dengan Tohmahan, Guru Tetap Guru, Ikhlas Berbakti

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ibubapa yang dihormati,

Tahun ini merupakan satu tahun yang menguji hubungan golongan pendidik dan para waris pelajar. Bermula dengan kisah kononnya guru-guru salahguna wang PIBG untuk jamuan tahunan di hotel 5 bintang hinggalah kes cikgu Azizan disaman ibubapa murid.

Ibubapa yang dihormati.
Sekolah boleh diumpamakan sebagai ‘kilang’ insani. Kita semua mahukan anak-anak yang mempunyai kemenjadian yang baik.

Kita sama-sama inginkan anak-anak kita mencapai kecemerlangan dan berjaya dalam hidup. Seperti mana puan melahirkan anak dan tuan menyara anak tentu tuan puan berharap agar anak-anak akan menjadi anak yang baik, berjaya dan berkerjaya serta menghormati tuan puan. Maka di sekolah, anak-anak akan belajar segala-galanya.

Tuan puan, saat kami terima anak-anak tuan puan kami sentiasa mengharapkan anak tuan puan akan berjaya menjadi ‘insan’ yang membanggakan tuan puan. Tak pernah kami berprasangka…anak si fulan ni kalau keluar sekolah nanti memang layak jadi perompak. Tak pernah sama sekali..wajah-wajah comel ini lah yang kami didik sebaik mungkin.

Segalanya kami lakukan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kami tak boleh mengajar anak-anak sesuka hati. Kami ajar mengikut sukatan yang diberikan. Kami kurang kami tampung, yang tercicir kami bimbing, yang laju kami asahkan kemahiran mereka.

Namun bukan semua anak-anak tuan puan dapat kami bimbing sesempurnanya. Semuanya ada tahap kemampuan. Termasuklah bab disiplin. Yang kami hadap ada yang baik dan ramai yang nakal. Ada yang suka pukul kawan, mencuri, ponteng, membuli dan sebagainya. Namun jika kami urus disiplin ini prosedur operasi piawai, ia mungkin ambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Tentu pernah berlaku pada tuan puan bila sudah melaporkan kes anak kena buli…tapi masih lagi anak mengadu ia dibuli. Betul tak…lalu tuan puan akan beranggapan, pihak sekolah atau guru tak ambil peduli atas laporan.

Sebenarnya tidak..tindakan telah dilakukan. Jika ikut piawai,setiap laporan akan disiasat, pelaku yang dikenal pasti akan diberi amaran pertama. Maka minggu seterusnya anak puan akan mengadu kerana dibuli lagi…lalu amaran kedua dikeluarkan..hinggalah amaran ketiga..barulah ibubapa pelaku akan dipanggil (ada yang tak endah surat panggilan) kemudian jika kes berulang akan dirotan mengikut peraturan.

Bayangkan berapa lama masa nak diambil untuk kes seperti ini. Silap2 anak tuan yang dibuli jadi trauma dan malas ke sekolah kerana takut. Sebab itu ada guru disiplin atau PK Hem akan terus merotan, mencubit, menjentik jika berlaku kes disiplin.

Fahami lah wahai ibubapa yang dihormati. Dalam membina insan ini seharusnya ada rasa hormat dan berhemah. Guru-guru pun bukan semua maksum. Ada segelintir yang khilaf…namun bukan memberikan gambaran pada keseluruhan profession ini.

Andai tuan puan tidak berpuas hati berjumpa 4 mata dengan guru terbabit. Carilah persefahaman buang egoistik. Semuanya tetap berarah kepada kemenjadian anak-anak tuan puan.

Jika semuanya perlu dibuat mengikut standard piawai…kami golongan guru paling banyak langgar piawai. Bukan SOP bagi kami nak beri pensil pada anak-anak tuan puan setiap kali mereka tiada pensil. Bukan SOP bagi kami guru guru nak bertukang perbaiki meja dan kerusi yang rosak. Bukan SOP bagi guru kelas nak keluarkan wang sendiri untuk membeli wall paper atau cat plaka menghias kelas supaya ceria. Bukan SOP bagi kami guru guru membawa anak anak tuan puan menyertai pertandingan ko kurikulum antara sekolah menggunakan kereta peribadi. Namun semua SOP ini kami langgar demi kemenjadian anak anak tuan puan.

Pernahkah tuan puan rasa gembira saat tuan puan menerima wang ihsan dari anak anak tuan puan selepas dia menerima gaji. Apa yang tuan rasa? Gembira dan terharu…anak tuan jadi anak yang baik dan mengenang jasa tuan puan.

Apa perasaan tuan puan bila ramai rakan taulan memuji anak anak tuan dengan perkataan “…bagus anak kamu…pandai..dan baik perangainya. Hormat dengan orang tua. Bertuah kamu..” kata rakan tuan puan. Gembirakan?

Semua itu hasil didikan di sekolah dan hasil kerjasama ibubapa memantau selia anak anak tuan dan manafaat kepada siapa? Semua untuk tuan puan ibubapa yang dihormati.

Oleh itu cukuplah memerangi guru wahai segelintir ibubapa dan orang awam. Cukuplah…walau rusuk kami dihenyak isu songlap duit pibg, leher kami disiku dengan isu cikgu suka selfie masa waktu sekolah.. kaki kami dibentes isu cikgu banyak cuti…dan perut kami ditendang dengan isu saman tampar.

KAMI GURU GURU TAK GOYAH WALAU SEINCI PUN. KASIH SAYANG KAMI PADA ANAK ANAK TUAN PUAN TAK KURANG WALAUPUN SETITIS….KAMI AKAN TERUS BERJUANG MENJADI PENDIDIK YANG MAMPU MENGUBAH ANAK TUAN PUAN DARI KEMUNGKINAN MENJADI SYAITAN KEPADA ANAK YANG TAAT PADA AGAMA DAN IBUBAPA.

Wahai ibubapa yang dihormati..
Sebelum saya menamatkan bicara tinta ini sekali lagi saya ingin mengajak tuan puan supaya bersama sama berganding bahu dengan kami dalam membina insan anak anak…agar anak anak tuan akan menjadi insan yang penuh dengan sifat ihsan dan bermanfaat kepada tuan puan, bangsa dan negara.

Tak perlu berterimakasih kepada kami….cukuplah jangan dibentes dengan kebodohan dan kehitaman hati jika ada membenci.

Kepada rakan komrad perjuangan dalam pendidikan.

KITA TAK PERNAH TUNDUK MESKIPUN BELANTAN HATI HATI YANG BUSUK MENGHENTAM KITA BERKALI KALI. KERANA KITA ADALAH ASAS PADA APA YANG MEREKA KECAPI HARI INI.
TERUSKAN BERJUANG KOMRAD.

yang benar
CIKGU EMMET

Comments

comments