Almanak dan Sarawak Tidak Boleh Dipisahkan

Kalau gula apong merupakan gula kebanggaan Sarawak. Dabai buah ulaman tersohor di Sarawak maka ada satu lagi benda yang cukup penting bagi masyarakat Sarawak. Kalau tiada benda ini seakan-akan tak lengkap urusan seharian orang orang Sarawak, tak kira lah tua atau muda yang berkerja atau bersekolah.

Setiap kali awal tahun menjengah maka orang Sarawak akan mencari benda ini. Benda yang dicari ialah ALMANAK.

Almanak ini lebih penting dari kalendar. Kandungan Almanak bukan sekadar tarikh takwim semata-mata tetapi turut mengandungi ramalan air pasang dan surut. Serta arkib hari ini dalam sejarah yang berlaku pada zaman pemerintahan Brooke lagi yang dicetak dibelakang helaian almanak ini.

Penggunaan Almanak ini dikesan bermula sejak tahun-tahun 60an lagi dan digunakan secara umum oleh rakyat jelata pada tahun 80an hingga sekarang.

Almanak kebiasaannya dijual dikedai kedai buku pada bulan Disember untuk persediaan tahun baru Januari. Namun akhir-akhir ini almanak agak lewat dijual. Mungkin kerana kecanggihan teknologi maka Almanak dapat dimuat turun menerusi aplikasi telefon pintar atau komputer.

Bagi masyarakat Sarawak, Almanak sangat bermakna kerana nelayan akan melihat tarikh dan masa ramalan air pasang sebagai penunjuk aras untuk turun ke laut.

Demikian juga untuk mengail udang biasanya merujuk jadual air pasang surut melalui almanak.

Untuk mengadakan kerja kahwin dan gotong royong juga tidak ketinggalan merujuk almanak. Selain itu ia bersaiz kecil dan hanya diletakkan di atas meja pasti memudahkan rujukan dibuat berbanding kalendar yang bersaiz besar.

Demikianlah pentingnya Almanak bagi masyarakat Sarawak sehinggakan pihak kerajaan negeri sendiri menerbitkan Almanak untuk rujukan rakyatnya.

Comments

comments