Adakalanya guru terpaksa bertindak melangkaui ‘Standard Operation Procedure’ demi menyelamatkan murid yang cedera. Ada ketikanya perkara berlaku diluar jangka. Ini membuatkan guru mengambil jalan yang BETUL meskipun terpaksa melanggar SOP.
Tahniah cikgu Zetty kerana begitu perihatin terhadap kebajikan murid beliau yang cedera semasa waktu rehat.
Berikut merupakan satu kisah dari FB cikgu Zetty Nedya dari SK Sg Bakas Bakong Miri, Sarawak.
KALAU IKUT SOP, GURU MEMANG TAK BOLEH BAWA MURID KE KLINIK/HOSPITAL BILA SAKIT KAN?
What if, ianya adalah kecemasan? Adakah kita hanya perlu duduk diam dan call parents? Saya mohon maaf sekiranya post saya hari ini akan menyebabkan pihak atasan atau guru lain kecam tindakan saya.
Murid saya jatuh dalam kelas. Obviously patah tangan, menangis meraung-raung satu sekolah dengar.
Sepantas kilat, guru angkat masuk kereta. Saya berlari capai fail surat beranak dan rekod kesihatan (in case perlu).
Call parents, di rumah panjang yang kejap ada line kejap tak da. Jarak rumah ke sekolah juga boleh tahan jauh. Itupun kalau ngam2 ada transport untuk ambil anak dan bawa ke klinik.
Atas dasar KEMANUSIAAN, langgar SOP dan direct bawa murid ke klinik secepat mungkin. Doktor sahkan patah tangan tapi klinik tiada kemudahan XRAY. Yang ada cuma di hospital yang jaraknya 90KM.
Akhirnya saya dapat call parents, saya maklumkan dan mereka bergegas ke klinik. Selepas 20minit mereka sampai, saya terangkan apa yang berlaku dan M.A maklumkan kena bawa ke hospital juga. So, saya kembali semula ke sekolah while the parents uruskan dia ke hospital.
Sampai sekolah, the first thing I handle adalah panggil semua saksi kejadian. Why? Because kita mau win win situation to all.
Saya rekod pengakuan saksi, yang dituduh (which is akhirnya bukan salah dia). Cukup untuk evidens saya kepada parents dia nanti.
Then saya sediakan surat pengakuan murid dari pihak sekolah untuk dapatkan rawatan percuma, urus beg murid, dan saya turun ke Miri dan direct ke hospital.
Syukur, lepas tengok video, parents dah dapat tahu hal sebenar dan faham kepada situasi. Saya bantu parents dia untuk buat urusan xray, isi borang, jawab soalan doktor, tunggu sehingga semuanya selesai.
I try my best to handle this case as positive as I can. Sebab kalau panik, boleh tersilap langkah juga. After all, saya juga
GURU DISIPLIN
GURU BERTUGAS HARI KHAMIS
GURU KELAS TAHUN 6
Memang bukan tugas saya untuk tunggu di ruang kecemasan sehingga selesai semua, tapi saya juga bukan ada anak untuk saya uruskan kecuali kucing. My anak murid lah anak-anak saya. Risau saya hanya Allah yang tahu.
FB : Zetty Nedya