Semalam saya teruja bila menonton sebuah rancangan dokumentari yang disiarkan oleh RTM1. Seronok kerana ia menceritakan kisah etnik di Sarawak dan Sabah. Semalam ia menceritakan kisah kaum Bidayuh. Saya teruja dan bangga bila ada pihak sudi menyiarkan kisah etnik di Sarawak.
Namun saya agak terkejut. Bila di pembukaan dua orang lelaki selaku host, masuk ke kawasan berdenai, berbukit dan meniti jambatan buluh. Mulanya saya fikir ini dikawasan kampung budaya. Rupanya mereka ke Kg Mongkos.
Mereka disambut oleh seorang tua berpakaian tradisi dan dikelilingi oleh beberapa perempuan Bidayuh berbaju tradisi. Selepas melakukan adat memijak telur mereka dijamu tuak. Hmm seorang host (muslim) minum tuak itu dan berkata rasanya seperti 100plus hehehe… saya fikir memang air 100plus yang dia minum.
Ok…kemudian mereka ke bilik dan melihat kawasan rumah yang berkayu…
Ok…mereka bermain tempurung dengan anak-anak kampung Mongkos.
Kemudian mereka berjumpa seorang pemuda Bidayuh berpakaian tradisi dan membawa mereka memetik lada hitam dan menangkap ikan menggunakan bubu. Mereka juga dihidangkan cerita tradisi lama Bidayuh lokasinya macam dipinggir bukit batu atau gua.
Di akhir program mereka memberi tshirt kepada ketua kampung tersebut.
Syabas dan tahniah kerana sudi membuat dokumentari tentang etniksiti di Sarawak ini. Cuma saya nak NASIHAT SIKIT, SIKIT JE LAAA.
- Punyalah cantik jalan masuk le Kpg Mongkos, kenapalah korang shooting jalan kaki masuk denai seberang titi pergi ke sana? Apa pandangan org luar terhadap kpg ini.
- Kenapa setiap kali jumpa orang Bidayuh dalam dokumentari ni semua mesti pakai baju tradisi? Macamlah orang Bidayuh tak pakai jeans, baju tshirt, baju lain-lain. Kat H&M tu berlambak orang Bidayuh shopping, takkan mereka tak pakai baju yang dibeli. Kenapa mesti shoot gambar mereka berbaju tradisi.
- Tangkap ikan guna Bubu…betulah…tapi watdehel mereka tangkap ikan guna baju tradisi. Apa lekeh sangat ke kalau mereka pakai baju Nike?
- Masa ariel shoot saya nampak banyak rumah batu dan beratap spandex serta genting. Kenapa gambar rumah macam reban ayam korang shoot…tepi gua…dan dalam kebun..?
Ala…cikgu ni….ini pasal ETNIK dan BUDAYA sebab itu lah kena pakai macam ni. Nak kenalkan budaya Bidayuh supaya orang luar tahu (mungkin ini persoalan mereka akan tanya saya balik).
Jawapan saya, ok kalau nak authenticity atau keaslian sekali pun tak perlu bawa penonton kembali kepada kehidupan abad ke-18 untuk mengambarkan budaya orang asal. Orang-orang Iban, Bidayuh, Melanau dan lain-lain lagi semua dah berubah dan maju. Anda boleh temuramah kurator muzium dan bawa mereka bersama untuk menceritakan tentang adat dan budaya. Jemputlah profesor bidang antropologi jadi co host. Majulah sikit, ikut stail NGC atau Discovery Channel.
Sikap segelintir penerbit yang sambil lewa ini pasti akan menyumbang kepada persepsi orang luar terhadap Sarawak dan Sabah bahawa ramai orang Borneo ini masih primitif.
Kami (saya orang perak pun saya dah anggap macam orang Borneo juga hehehe) bukan MUZIUM HIDUP. Kalau begini cara penyampaian segelintir penerbit pasti sindrom ORANG SARAWAK TINGGAL ATAS POKOK akan berterusan walaupun dunia dah maju dengan teknologi maklumat.
Pleaselah! Ikutlah cara Dato Rahim Razali yang mengarap DAYANG SUHANA di Sarawak. Waktu itu orang Sarawak digambarkan tinggal di banglo berkolam renang dan berpejabat di bangunan tinggi. Itu cara Rahim Razali memperkenalkan Kuching waktu itu.
Bayangkan Rahim Razali boleh gambarkan orang Sarawak dinner di Tasik Reservoir. Macam orang KL dinner di Tasik Genting. Sedaya upaya Rahim Razali nak gambarkan kemajuan Sarawak waktu itu. Selepas Dayang Suhana, beliau mengarap Anak Sarawak, dimana anak-anak Sarawak mampu berjawatan tinggi. Takda pun Rahim Razali nak siarkan orang Iban bersirat dan berngepan.
Please lah wahai penerbit, buatlah research sikit. Cubalah melangkah kehadapan.Melihat Bumi Borneo ini kaya dengan budaya tetapi seiring dengan arus kemodenan.
Semoga Ketua Menteri Sarawak Dato Patinggi Dr Abg Johari mempercepatkan program TV terrestrial Sarawak. Biar orang Sarawak sendiri yang memperkenalkan Sarawak didunia luar.