Dari Muar Ke Long Bemang: Guru Wanita Lasak Hadapi Cabaran

Kebiasaan guru wanita pasti memilih kereta idaman berbentuk sporty dan comel tatkala membeli kereta untuk kegunaan ke sekolah.

Namun berbeza bagi guru wanita muda ini. Pilihan beliau bukan untuk penampilan semata mata tetapi lebih kepada ketahanan dan keselamatan.

A’ina Mardhiah Zulkifi dari Kg Hujung Tambak, Gersik, Muar,Johor sudah lama berada di Sarawak ini.

Beliau mula belajar di IPG Rajang sejak 2009 dan ditempatkan di SK Long Bemang Baram Miri pada 2015. Sekolah yang menempatkan anak anak penduduk berbangsa Kayan dan Penan ini terletak jauh di pedalaman.

Bila ditanya cabaran untuk ke sekolah Cikgu Aina berkata:

Pengalaman yang mencabar ialah perjalanan masuk sekolah mengguna 4wd bila jalan basah hujan renyai-renyai dan lalu jalan balak memang sangat mencabar. Bila bertembung dengan lori balak tu rasa berderau.

Saya memandu sendiri sebab mudah untuk keluar.

Kos perjalanan keluar kalau ke PPD sahaja dah hampir RM300. Perjalanan dari sekolah ke Long Lama dan ke Marudi. Disebabkan selalu keluar, saya membuat keputusan untuk membeli kereta pacuan 4 roda Toyota Hilux dan memandu sendiri.

Jarak sekolah saya dari Miri lebih kurang 4 jam ke Miri dan boleh ambil masa 6 jam kalau tunggu turn feri di Long Lama.

Wah guru wanita muda ini memilih pacuan 4 roda sebagai kenderaan. Sesuatu yang agak jarang ditemui bagi wanita Semenanjung memilih kenderaan lasak begini untuk ke tempat kerja.

Melihat persekitaran jalan ke sekolah menerusi gambar yang dikongsikan ternyata perjalanan jauh ini benar-benar menguji ketahanan mental cikgu Aina.

Jika ditempat lain mungkin berperahu atau menaiki ekspress dikira mencabar namun bagi cikgu Aina mengendali pacuan 4 roda menyusuri jalan tanah dan berbatu disamping selekoh berbukit dan berselisih dengan lori balak dan sawit adalah sesuatu yang boleh mengundang malang jika tidak berhati hati. Namun wanita kental ini ternyata berani.

Bertugas di SK Long Bemang juga memberikan pengalaman baharu dalam menyesuaikan diri dengan adat dan budaya yang berbeza.

Cikgu Aina waktu mula-mula datang ke sekolah ini merupakan satu-satunya guru perempuan Melayu yang mengajar di sini.

Beliau menginap di kuaters bersama rakan-rakan guru wanita tempatan yang bukan beragama Islam. Namun nilai kekeluargaan dan tolenrasi yang tinggi membuatnya selesa bergaul. Rakan-rakannya amat menghormati dirinya.

Mereka makan dan masak bersama. Peralatan dapur juga dipastikan tidak digunakan untuk memasak makanan tidak halal tidak dicampur kerana saling menjaga hubungan dan menghormati rakan rakan. Kemesraan bagai adik beradik membuatkan cikgu Aina tidak terasa terpinggir.

Murid murid SK Long Bemang juga pada awalnya mereka agak terkejut bila melihat guru yang bertudung. Namun lama-lama ia menjadi perkara biasa.

Cikgu Aina juga amat rapat dengan murid-murid, lebih lagi dia guru pemulihan dan sedaya upaya membantu anak-anak muridnya menguasai kemahiran literasi dan numerasi supaya mereka mampu membaca menulis dan mengira pada usia muda.

Ini boleh menjadi langkah awal bagi anak anak penan dan kayan meneroka ilmu lebih luas bila semakin dewasa.

Anak anak Penan dan Kayan ini cantik dan comel kata cikgu Aina.

Demikianlah kisah seorang lagi komrad guru kita di pedalaman Sarawak yang bertugas penuh dengan iltizam yang tinggi. Meskipun WANITA tapi KEBERANIANNYA SETANDING LELAKI.

Tahniah Cikgu Aina… Tahniah komrad guru yang turut berkhidmat dikawasan pedalaman dimana sahaja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kita transformasikan minda anak-anak didik kita supaya menjadi anak didik yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Tinta peranti Cikgu Emmet

Comments

comments