Berat rasa hati untuk berkhidmat jauh dari tempat asal. Apatah lagi jika berasal dari kawasan bandaraya yang serba lengkap. Tiba-tiba diarahkan berkhidmat di kawasan pendalaman.
Itulah yang dirasai oleh cikgu Saravanakumar Nadarajah bila kali pertama mendapat penempatan sebagai guru iaitu di SMK Kapit.
Menceritakan pengalaman semasa mula-mula mendapat berita penempatan ialah
pada 23/05/12 beliau melapor diri di Pearl International Hotel K.L, lebih kurang pukul 3.00petang beliau diberitahu keputusan bahawa beliau ditempatkan di SMK Kapit.
Pada 24/05/12 bermulalah kembara perjalanan menaiki Mas Airline pada jam 7.20 pagi ke Kuching, diikuti penerbangan jam 10.10 pagi ke Sibu. Setiba di Sibu Airport beliau dijemput oleh PK 1.
Perjalanan diteruskan ke pengkalan ekspress Sibu ke Kapit dengan menaiki bot ekspress pukul 1.45petang dan tiba di Kapit pada pukul 5.00petang.
Pada 25/5/12 secara rasmi beliau melapor diri di SMK Kapit.
Bila ditanya apakan pandangan pertama semasa datang ke Kapit, Cikgu Saravanakumar berkata pertama kali sampai ke bandar Kapit agak terkejut kerana walaupun jauh dari bandar besar tetapi lengkap dengan semua kemudahan asas.
Cuma harga barangan disini agak mahal berganding Sibu.
Masyarakat yang berbilang kaum seperti Iban, Melayu dan Cina serta lain-lain sangat peramah, walaupun baru mereka terlebih dahulu menegur dengan penuh mesra.
Mengenai pengalaman mengajar pula, Cikgu Saravanakumar berkata bahawa keadaan sekolah menengah Kapit disini sangat baik. Pelajar-pelajar disini sangat sopan dan menghormati guru.(Cikgu Saravanakumar pernah menjadi ketua guru disiplin).
Beliau boleh faham bahasa Iban. Namun jika bercakap tidak begitu lancar dalam bahasa Iban. Walaupun begitu beliau boleh berkomunikasi serba sedikit bahasa Iban yang asas.
“Saya pernah ke rumah panjang berberapa kali dan menyambut Gawai di sekolah” kata cikgu Saravanakumar.
Keunikan di Kapit ialah masyarakat di Kapit ni sungguh ramah, mereka bertegur sapa dengan saya di mana juga walaupun ada yang tidak saya kenali. Mereka sangat menghormati tetamu.
Sepanjang berada di Kapit, Cikgu Saravanakumar tidak melepaskan peluang untuk meneroka kawasan ulu Kapit.
Beliau pernah menjadi pengawas peperiksaan SPM di SMK Belaga dan pernah pergi Nanga Merit (selepas pelagus rapid) untuk melawat rumah panjang dan sekolah disana.
Semasa di kawasan ulu beliau mengambil peluang menangkap ikan bersama masyarakat Iban.
“Saya tidak boleh lupa kemesraan masyarakat Kapit” ujarnya.
Pengalaman lucu pada bulan jun 2012 sebulan selepas posting, sekolah mengadakan hari pemuafakatan, ramai ibu bapa berjaku iban, beliau terpinga-pinga kerana tak faham sepatah pun bahasa Iban pada masa tu jadi untuk menjaga hati Ibu bapa beliau buat faham dan terpaksa guna pelajar sebagai jurubahasa.
Cikgu Saravanakumar benar-benar berjaya mendidik anak-anak di SMK Kapit. Kejayaan besar beliau ialah 21 orang pelajar mendapat A dalam subjek sains SPM 2017.
Pada bulan Disember 2017 beliau dapat berpindah kembali ke Selangor. Meskipun begitu beliau tetap berasa sedih dan berharap agar dapat melawat Kapit yang penuh dengan kenangan.
Bila ditanya apakah harapan beliau pada Kapit..beliau berkata “Harapan saya ialah agar Kapit terus berjaya dlm bidang pendidikan dan menjadi sebuah bandar raya yang maju di Malaysia”.
Ditulis dan berdasarkan temuramah bersama Cikgu Emmet