Siapa sangka bilik ala Google Port ini terdapat di Matrade Kuala Lumpur

Melihat bilik ini mengingatkan saya bilik sumbang saran pejabat Google atau Google Think Tank Office di US dan Eropah.

Sebagai pusat menjana idea maka elemen santai dan luar dari kebiasaan dalam mengendalikan mesyuarat diterjemahkan melalui penyediaan tempat yang kondusif dan kreatif bagi memudahkan aliran idea sentiasa mengalir tanpa ada apa-apa ‘obsticles’ atau jurang yang menahan idea tersebut.

Sessi perbincangan santai

Di Malaysia, Matrade telah memulakan langkah membuat transformasi bilik ‘think tank’ atau pemikir ini dengan rekagaya santai dan catchy penuh warna warni ceria seolah-olah berada di playroom.

Keceriaan ini bukan sekadar cantik namun mampu melonjakkan keyakinan diri pegawai-pegawai memberikan idea-idea bernas untuk memantapkan strategi demi strategi bagi mempromosi dan meningkatkan eksport negara ke seluruh dunia serta dapat mengurangkan tekanan semasa bekerja dikalangan pegawai-pegawai yang begitu komited menjalankan tugas masing masing.

Encik Mohd Mustafa berbincang dengan pegawai-pegawai kanan pengurusan Matrade

En.Mohd Mustafa Abd Aziz..Pengarah Kanan, Bhg Promosi Eksport dan Akses Pasaran MATRADE membuat satu kelainan dengan membina ruang think tank pegawai-pegawainya.

Tiada lagi meja pleno mahupun kerusi rasmi pejabat yang biasa mendominasi bilik tersebut sebaliknya diganti dengan suasana lebih santai iaitu hanya tikar berwarna warni, bean bag, bar stool berwarna dan meja rendah disamping alat sukan dalaman seperti ping pong , dart dan carrom. Manakala di dinding pula kata-kata qoute motivasi digantung. Pantri juga dihias ceria seolah-olah mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Breakfast with us satu program mendekatkan hubungan pegawai dgn staf. (Yang tudung pink tu kakak Cikgu Emmet , Madam Roslaili)

Lokasi bilik ini terletak di Tingkat 6 Eastwing Menara Matrade Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.

Idea En.Mohd Mustafa Abd Aziz telah direalisasikan oleh pasukan beliau yang terdiri dari pegawai-pegawai pelbagai peringkat ternyata wajar diberikan pujian.

Konsep Think Tank room ala Google Port benar-benar memberi kelainan serta mencipta suasana terbuka dan bebas kepada pegawai-pegawai beliau melaksanakan tugas. Selain itu berjaya membina kepercayaan terhadap kemampuan masing-masing dalam melaksanakan tugasan.

Encik Mohd Mustafa gembira melihat pegawai berkerja dengan ceria

Sikap pegawai dan staf lebih mesra dan ‘friendly’ selaras dengan suasana ceria bilik tersebut. Tambahan pula sifat ramah dan saling hormat kepada pekerja beliau membuatkan kerjasama di Bahagian Promosi Eksport sentiasa kukuh dan mampu mewujudkan suasana kerja dalam satu KELUARGA.

Senarai nama penyumbang kecerian diletak didalam bintang disamping terdapat dart board

En.Mustafa juga menyatakan penghargaan kepada pegawai pegawai MATRADE yang bertugas pejabat MATRADE luar negara yang memberi sokongan atas initiatif dan idea beliau. Antara kata kata beliau adalah :

“On behalf of the 6th floor team, I thank you all so very much for your contributions and continuous support to this little initiative….thank you also for being the “BELIEVER” and for taking the “OWNERSHIP” on this project. For those outside there and happen to come back for holiday, please visit and use that port as and when you like as you are the “Owner”

Demikianlah kata penghargaan beliau kepada the BELIEVER and the OWNER iaitu pegawai pegawai di luar negara.

Tahniah buat Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran MATRADE kerana mendahului usaha kreatif ini meskipun dilihat agak janggal tapi impaknya pasti tinggi dan merupakan nilai tambah (vakue added ) yang positif dalam membina suasana kerja yang produktif.

Comments

comments