Rm68!!!!! Biar betul cikgu? Pullman bukan hotel biasa-biasa…ni hotel antarabangsa ni cikgu!
Reaksi rakan saya apabila saya memberitahu harga buffet ramadhan untuk minggu pertama di Puzzle Restaurant Hotel Pullman Kuching serta menyarankan beliau sekeluarga berbuka disana nanti.
Iya lah percaya lah, saya dah pergi majlis Preview Ramadhan Buffet Hotel Pullman 3hb Mei lepas memang tak rugi kalau nak merasa keenakan masakan kampung semasa berbuka puasa nanti.
Suasana kampung terserlah dengan iringan lagu lagu melayu dan susun atur makanan yang begitu tersusun memudahkan kita memilih mana hidangan yang dikehendaki.
Ada ulam-ulaman, terung bakar, tempe goreng, jantung pisang, petai, jering ulam raja dan pelbagai jenis sambal dan acar. Lagi satu ada hidangan tradisional Sarawak seperti umai, mee kolok, laksa sarawak disamping hidangan kegemaran rakyat semasa berbuka seperti nasi ayam, ayam percik, daging gulai rebung, masak lemak cempedak muda, sotong goreng tepung berlada, ketam bunga masala, ayam berempah dan banyak lagi.
Yang istimewa semasa preview ada ikan kerapu gergasi tandori… Fuhhh semua hidangan ini bukan dimasak oleh chef biasa tetapi chef terkenal dari Pulau Pinang iaitu Chef Mano.
Oh ya lagi satu GULAI KAWAH merupakan signature dish untuk berbuka puasa di Hotel Pullman Kuching ni.
Memang rugi kalau tak cuba. Tambahan pula untuk minggu pertama Ramadhan harganya hanya RM68 SEORANG DEWASA dan separuh harga bagi kanak kanak 12 tahun kebawah.
Bukan senang nak dapat tawaran sebegini daripada hotel terkemuka dunia ini.
Apa lagi kalau tak nak terlepas tawaran istimewa ini buatlah tempahan di 082 222 888 ext 2100.
Juh gik! Sungkei situk kita.