Guru Wajar Beruniform atau Tidak? Ini Jawapan Saya!

Isu mengenai guru wajar beruniform atau tidak kini menjadi polemik dikalangan masyarakat maya.

Pelbagai pandangan dan buah fikiran dilontarkan terhadap isu ini. Ada yang bersetuju ada yang tidak bersetuju.

Gambar hiasan

Namun semua itu bermula bila kenyataan itu dikatakan dibuat oleh Tun Mahathir. Saya pun berasa sangsi kerana pada pandangan saya Tun lebih memikirkan permasalahan negara yang jauh lebih penting dari memikirkan soal warna dan fesyen baju guru-guru.

Akibat rasa tak puas hati maka segelintir guru yang tersentap hatinya sekali gus mencarik helaian kesabaran yang senipis bawang itu hingga menghamburkan kata-kata yang menyakiti hati penjawat awam lain.

Jururawat antara yang jadi mangsa kecaman selain membanding beda status taraf pendidikan seorang jururawat berbanding guru.

Allah… Sudah-sudahlah kita menuding jari mencari kekurangan diri orang lain sebagai senjata untuk membalas komentar yang menular dikalangan netizen.

Guru dan Jururawat semua mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ada tugas khusus yang perlu dilunaskan pada masyarakat yang memerlukan. Masyarakat yang sakit memerlukan jururawat untuk membantu meringankan bebanan kesakitan, masyarakat yang jahil memerlukan guru memandu keluar menerusi cahaya ilmu.

Oleh itu kenapa perlu memperlekehkan antara satu sama lain.

Gambar hiasan

Di Malaysia, guru-guru sudah lama mengamalkan pakaian yang ‘seragam’ seperti baju korporat sekolah dan baju batik sekolah. Rasanya tiada isu yang boleh dipolemikkan mengenai pakaian guru.

Lainlah jika ada guru yang berpakaian ketat dan menjolok mata mungkin boleh ditegur dan dinasihati oleh pentadbir secara profesional.

Namun jika pemakaian seragam menjadi amalan ia juga boleh memberikan kesan yang baik iaitu murid-murid mungkin lebih berdisiplin jika guru-guru turut memakai pakaian seragam.

Rasa hormat terhadap guru lebih tinggi seperti masyarakat menghormati polis, tentera dan jururawat serta badan uniform yang lain.

Gambar hiasan

Kesimpulannya daripada kita bising tentang isu pakaian, lebih baik kita bising tentang bagaimana mahu mendisplinkan pelajar kita yang kian sakit dengan sikap kurang ajar terhadap guru dan ibubapa.

Lebih baik kita bising tentang sistem yang menekan para pendidik supaya boleh dibaca oleh pegawai pegawai holistik agar mampu menjana idea yang bernas untuk kebaikan guru dan pelajar berbanding dengan memikirkan baju apa, warna apa, kain apa, dan kasut apa yang dipakai guru.

Tinta peranti
Cikgu Emmet

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertajuk Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran bertarikh 9 Mei 1985 ada menyatakan tentang garisĀ panduan pakaian untuk guru guru

Iaitu bagi guru perempuan
i – Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.

ii – Kasut kulit, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.

iii – Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slacks’, ‘track suit’, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.

Manakala bagi guru lelaki pula
i –Ā  Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau ‘bush-jacket’ atau ‘lounge suit’. Jika berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.

ii – Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

iii – Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.

iv – Pakaian baju melayu dengan kain sarong, ‘jeans’, ‘track suit’, seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.

Selain itu untuk keperluan khas seperti waktu pjk atau bengkel kemahiran hidup guru boleh memakai pakaian yang sesuai seperti track suit atau seluar kargo.

Negara-negara asia yang mana guru gurunya memakai pakaian seragam ialah di Indonesia, Thailand dan Myanmar membenarkan para guru berpakaian seragam (terpulang pada sekolah) manakala bagi negara lain di asia tidak ada peruntukan mewajibkan guru berpakaian seragam namun begitu mempunyai dress code yang tertentu untuk guru guru jadikan panduan semasa memakai pakaian semasa di sekolah.

Comments

comments