Malaysia Telah Memilih: Kemenangan Dicapai Melalui Kebijaksanaan

Semalam kita menerima mandat baharu dari kepimpinan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri ke-4 dan kini menjadi Perdana Menteri ke-7.

Tahniah kepada Pakatan Harapan yang berjaya memenangi pilihanraya umum ke-14. Tahniah juga buat BN yang masih berdiri meskipun tewas.

Namun setinggi-tinggi TAHNIAH buat rakyat Malaysia kerana kita menang dalam kesabaran.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia tak kira apa bangsa sekalipun lebih suka menggunakan akal dari emosi bila berjuang dengan menterjemahkan hasrat menukar kerajaan melalui pangkahan undi dan meraikan demokrasi dengan cara yang rasional.

Kita bukan seperti rakyat Afrika Selatan yang terpaksa bertempur dengan rejim aparthied.

Kita bukan seperti Filipina yang bangkit selepas Benny Aquino mati dibunuh.

Kita tidak seperti Tunisia yang bangkit melalui rusuhan.

Kita tidak seperti Indonesia yang mana gerakan pelajarnya menghambat Suharto.

Kita bukan seperti Zimbabwe yang membuang Mugabe dengan emosi tak terkawal.

Kita tidak berhimpun bertempur dengan perbezaan warna Kuning dan Merah seperti di Thailand.

Kita meskipun pernah melalui siri-siri bantahan dan Perhimpunan Bersih 1 hingga 4, perhimpunan perkasa..baju merah… Fastaqim dan sebagainya ianya tetap berakhir dengan baik meskipun pernah dikejar FRU dan disimbah water cannon.

Kita memilih untuk menahan hati dan berdoa agar satu hari kemenangan dapat dicapai melalui pemilihan yang adil.

Dan 9hb Mei 2018 adalah tarikh rakyat berjuang bersenjatakan pen dan memangkah di kertas serta dibuktikan dengan dakwat dijari sebagai salah seorang rakyat yang berjaya melakar sejarah baharu untuk Malaysia.

Betapa hebatnya rakyat MALAYSIA.

10hb Mei kita bangun dengan sambutan kicauan burung, kedai-kedai dibuka seperti biasa. Melihat rakyat yang tersenyum dan bersalaman seperti biasa. Tiada rusuhan tiada pergaduhan hanya rasa gembira dengan perubahan yang dikecapi.

Semoga kerajaan baharu Pakatan Harapan terus merealisasikan harapan rakyat pada masa hadapan.

Sejahtera Malaysia ku

Cikgu Emmet.

Comments

comments