Aidil Fitri di Rumah Panjang Bukti Keharmonian Kaum di Sarawak Hidup Subur

Bila sebut Rumah Panjang pasti fikiran kita terarah pada masyarakat Iban yang sinonim dengan sambutan Hari Gawai.

Kini sudah 3 minggu berakhirnya sambutan Gawai bagi masyarakat Dayak kini tibalah sambutan Hari Raya yang disambut oleh masyarakat Islam di Sarawak.

Namun bagi penduduk TR Sebang, Sebeliau di daerah Lubok Antu sambutan Hari Raya Aidil Fitri tetap disambut meriah bersama-sama penduduk Iban di rumah panjang.

Ini berikutan salah seorang penghuninya ialah berbangsa Iban bernama Encik Syamsuddin Abdullah yang menetap di rumah panjang ini.

Walaupun beliau kini berkhidmat di TUDM Samarahan, namun pada tahun ini beliau dan keluarga mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya di Rumah Panjang Sebang ini bagi sama-sama merasai kemeriahan Hari Raya selepas Gawai.

Meskipun di rumah panjang ini ada beberapa keluarga yang memeluk Islam namun kebanyakan mereka merantau di semenanjung atau di daerah lain di Sarawak.

Namun bagi Encik Syamsuddin Abdullah menjadi seorang muslim di kalangan majoriti penghuni bukan muslim di Rumah Sebang tidak menghalang beliau untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di ruai rumah panjang itu.

Seawal pagi lagi keluarga Encik Syamsuddin menyusun meja dan meletakkan hidangan dan juadah Hari Raya untuk dijamu kepada semua penghuni rumah panjang dan jiran-jiran dari perkampungan berdekatan.

Konsep Ngabang (ziarah) yang digunakan semasa Gawai turut digunapakai pada Hari Raya di sini.

Hidangan tradisi seperti ketupat, rendang dan kek lapis turut menjadi hidangan utama yang menjadi pilihan tetamu yang hadir.

Demikianlah indahnya Bumi Kenyalang ini kerana mempunyai penduduk yang menerima kepelbagaian budaya untuk diraikan bersama serta menolak rasa perkauman dan kebencian yang menjadi pemusnah perpaduan.

Sarawak adalah kita dan kita adalah Sarawak.

Sumber gambar dn info ringkas daripada cikgu Roseline Sering.

Comments

comments