Sebenarnya bukan mudah untuk ‘berhijrah’ dari kebiasaan kepada sesuatu yang asing terutamanya bila berada di persekitaran yang berbeza. Demikianlah yang sering dilalui oleh guru-guru semenanjung apabila mendapat tawaran penempatan di Sabah dan Sarawak.
Berikut ingin saya kongsikan pengalaman guru berbangsa India dari Melaka yang ditempatkan di Dalat, Mukah. Ananthan A/L T Nadarajan berasal dari Jasin, Melaka.
Mula mendapat pendidikan rendah di sekolah Cina iaitu SJK (C) Chabau Asahan Jasin. Kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di SMK Iskandar Shah Jasin dan
SMK Datuk Bendahara.
Beliau melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, Seremban hingga memperoleh i Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains)
Kita ikuti pengalaman beliau yang kini berkhidmat di SK St John Kpg Medong, Dalat.
Bila ditanya bagaimanakah perasaan beliau tatkala mendapat surat posting ke Sarawak. Cikgu Anantha berkata “Pada 27th Januari 2015 saya menerima mesej dimana boleh check online SPP untuk mengetahui negeri posting. Pada masa tu, ada perasaan gembira sebab sudah berita untuk posting dan ada juga perasaan gementar ingin tahu negeri posting”.
“Saya pun key in no kad pengenalan pada portal SPP. Keputusan pun keluar.. dimana saya dapat posting di Sarawak. I was speechless, both my hands were shaking.. masih x percaya yang saya dapat posting ke sarawak”.
“Saya pun padam “backspace” no kad pengenalan dan key in semula pada portal SPP. Mana tahu mungkin salah no k/p atau ada masalah pada sistem ke.. bila klik butang hantar, keputusan keluar dan ayat yang tetap sama. “Negeri Sarawak” sebab sebelum keputusan posting keluar, saya sengaja beritahu parents dan saudara di mana saya nak mintak posting ke Sarawak. Walaupun benda tu hanya gurauan, tapi menjadi kenyataan yang saya akan terbang ke Sarawak tak lama lagi”
“Saya masih tidak dapat “move on” dan tidak puas hati dengan keputusan posting. Kemudian, saya terus menghubugi rakan-rakan sama IPG untuk mengetahui tentang keputusan posting mereka. Rupaynya, ramai lagi yang dapat posting ke Sarawak bukan hanya saya seorang sahaja. Hati pun adalah rasa lega sedikit. ” ujar beliau.
Bila ditanya perasaan bahawa beliau akan di postingkan di Dalat, cikgu Anantha menjawab
“Secara rasminya, saya dapat posting di SK St John Kampung Medong, Dalat. Benda pertama yang terlintas dalam otak saya adalah buku novel “How Dalat Got Its Name” yang ditulis oleh Heidi Munan”
“Tak berapa ingat sangat storyline cerita itu pada masa itu. Kemudian, saya pun google, dengan confident saya taip “Sk St John Kampung Medong Dalat”. Keputusan hasil carian google, hanya keluar pintu gerbang kampung medong (Pintu gerbang tersebut tidak wujud lagi sekarang) dan kawasan belukar. Saya tetap fikir positif dan masih bersyukur kerana nampak pintu gerbang pun jadi la, yang lucunya, seorang rakan saya hanya nampak sungai sahaja dimana dia dapat sekolah di Kapit. ”
Saya bertanyakan persepsi Cikgu Anantha tentang Sarawak sebelum beliau menjejak kaki ke sini. Beliau menjawab
“Selalunya saya dengar sahaja cerita daripada penyarah-pensyarah atau cikgu-cikgu yang pernah berkhidmat di Sarawak. Pada kebiasaanya, cerita dia sama sahaja iaitu, ada banyak buaya, jalan raya sangat teruk, naik perahu ke sekolah, line telefon tidak ada dan lain-lain komen negatif tentang Sarawak. Saya pun agak terikut-ikut dengan denga pemikiran mereka sebelum jejak kaki ke bumi kenyalang”.
“Satu perkara yang buat saya marah apabila orang Semenanjung mengata tentang orang Sarawak iaitu “duduk atas pokok”. Terdapat juga beberapa perkara sensitif yang tidak dapat saya ceritakan berkaitan dengan masyarakat rumah panjang. Padahal, org Sarawak di sini lebih mewah dan kaya dengan nilai murni pada diri mereka. ” jawab cikgu Anantha.
Cikgu Anantha turut bercerita mengenai pengalaman dan perjalanan semasa kali pertama melapor diri iaitu pada 2 Februari 2015.
“Ketika itu, saya dijemput oleh Cikgu Maurice ke sekolah. Secara rasminya saya lapor diri di SK St John. Hari penuh bersejarah bagi saya. Pada mula agak gementar dan segan untuk bercakap dengan staf di Sk St John”
“Soalan pertama yang ditanya adalah “Macam mana nak sebut nama kamu?” hahaha.. soalan kedua “kamu asal mana?” Penang ka? Haha.. puas la jawab sorang2.. Pada hari pertama, saya diberi “sit in” kelas moral tahun 3. Istilah “sit in” merupakan sesuatu yang pertama kali saya dengar. Dimana, di semenanjung disebut “relieve”.
“Kelas pertama di Sk St John agak menarik. Saya rasa diri saya seperti artis. Banyak sangat soalan yang dilontarkan oleh murid, tetapi tidak semua soalan yang saya jawab. Ini adalah kerana, sebagai seorang guru baharu “first impresion” tu agak penting. Saya kurang bersenyum dengan murid dan buat sedikit muka garang. Hahaha.. Tetapi ada satu perkataan yang kerap saya dengar daripada perbualan murid dengan rakan mereka iaitu perkataan “tambi” dan “Bilem”.
“Keesokan harinya, saya tanya rakan di hadapan meja saya cikgu Farieha. Cikgu Farieha pun beritahu dimana org Pakistan dan India akan dipanggil dengan gelaran “tambi”. Manakala maksud “bilem” pulak adalah “hitam”. Haha.. memang patut pun saya dengar perkataan tersebut banyak kali di dalam kelas. Dengan banganya saya ingin beritahu perkataan “bilem” adalah perkataan bahasa Melanau yang pertama saya pelajari”
“Saya tidak ambil hati langsung dengan sebutan perkataan “bilem” tersebut sebab kulit saya memang gelap dan species jarang di Dalat. Saya Cuma pelik, kenapa dipannggil “tambi”.
“Dalam bahasa Tamil, tambi maksudnya “adik”. Which is a bit rude for indians to call someone with that word “tambi”. Pada kelas seterusnya, saya pun bertanya pada murid…
Saya: kenapa panggil org india dengan gelaran “tambi”.
Murid: sebab kulit sir gelap.. tak tau sir.. mak saya selalu panggil org pakistan mcm tu..
Saya: cikgu bukan dari pakisatan pun.
Murid: cikgu dari mana la?
Saya: Malaysia la.. kamu tahu maksud “tambi” tak?
Murid: tidak tahu saya cikgu..
Saya: Tambi maksud adik, mana sesuai panggil org dengan gelaran itu..
Murid: “tidak ada apa2 respon dari murid*
“Selepas penjelasan itu, jarang saya dengar sebutan perkataan “tambi” dari anak murid. Selepas hampir sebulan kemudian, baru terdapat beberapa murid yang berani bertanya dengan saya tentang agama, perayaan yang saya sambut, makanan tradisional dan sebagainya”.
“Masyarakat kampung Medong boleh dikatakan sangat mesra terutamanya pada orang luar seperti saya yang lain bangsa, agama dan budaya. Oleh kerana, sejak dari saya posting di kampung Medong sehinggi kini, memegang jawatan SU PIBG Sk ST John, bertambah lagi peluang saya bergaul dengan masyarakat kampung medong”.
“Boleh dikatakan, ibubapa kampung medong sangat komited dan “supportive” dalam menjayakan sesuatu pogram yang dianjurkan di Sekolah. Semangat gotong-royong atau semangat kekitaan sangat tinggi di kalangan org Melanau terutamanya masyarakat kampung Medong”.
Saat berada di Dalat membuatkan cikgu Anantha mengambil kesempatan yang ada untuk menyelami budaya masyarakat tempatan. Beliau turut merayakan Pesta Kaul dan menghadiri upacara adat kaum Melanau.
“Saya pernah merayakan Pesta Kaul, dimana ia merupakan salah satu perayaan
yang disambut oleh masyarakat Melanau. Perayaan ini merupakan suatu acara tahunan yang diraikan oleh komuniti Melanau. Perayaan kaul ini diadakan di sebelah kanan muara sungai kerana tempat itu dianggap penting disebabkan pertemuan di antara sungai, darat dan laut iaitu tempat semula jadi yang penting dalam kegiatan ekonomi kaum Melanau”
“Masyarakat Melanau merupakan satu kaum yang amat menitikberatkan tentang adat istiadat dan kepercayaan. Masyarakat Melanau terdiri daripada suku yang beragama Islam dan Kristian. Selain daripada Islam dan Kristian, ada juga yang tidak mempunyai pegangan agama dan mempercayai pada kuasa ghaib. kuasa ghaib yang perlu dipuja dalam pesta-pesta keramaian termasuklah pada perayaan Kaul. Kuasa ghaib ini ialah Dewa sungai juga dipanggil sebagai “Ipok”.
“Tujuan penyembahan dewa sungai adalah untuk melindungi sungai dan juga nelayan-nelayan yang mencari rezeki di laut ata sungai. Ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat Melanau yang saya dengar daripada salah seorang guru Melanau di sekolah dan dikatakan ini adalah satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat”
“Walaubagaimanapun, penyembahan ipok kini kurang diamalkan kerana masyarakat sudah mula menganuti agama tetapi perayaan kaul masih disambut secara meriah”
Seterusnya adalah sambutan pesta Besaug – perlumbaan sampan dimana ia sesuatu yang baru untuk saya. Pesta Besaug hanya disambut sebagai aktiviti rekreasi kaum Melanau. Dimana, pesta Besaug selalunya diadakan di sungai bagi tujuan pertandingan mendayung sampan. ” ujar beliau penuh semangat.
Seterusnya bagi menutup wawancara saya bertanya apakah kesimpulan beliau terhadap Sarawak dan masyarakatnya. Jawapan beliau ialah:
“Ayat ini dapat menceritakan keindahan Sarawak dan Keharmoniannya iaitu “Sarawak Is My Second Hometown”. Sarawak merupakan satu tempat dimana membentuk diri saya menjadi seorang yang rendah diri, hormat pada kepercayaan agama dan budaya bagsa lain, sentiasa bertoleransi dengan masyarakat pelbagai kaum. ” kata beliau sekaligus memberikan gambaran bahawa Sarawak adalah harmoni dan penuh keindahan.
Terima kasih cikgu Anantha atas kesudian dan pengorbanan mendidik anak-anak Sarawak.