Kadang-kadang mengajar yang kurang ajar adalah perlu sebenarnya. Lebih lebih lagi berhadapan dengan mereka yang sombong.
Apa yang berlaku pada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini benar membuatkan sesiapa yang pernah berhadapan situasi ini berasa sangat bersetuju dengan tindakan Dr Kamarul Ariffin atau dikenali sebagai Chaku.
Untuk sahabat-sahabat saya bolehlah follow FB doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini kerana artikel dalam FB beliau memberikan input input berfaedah tentang kesihatan dan pengetahuan am selain kisah kisah mistik.
Perkongsian oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aku tengah tunggu kereta depan aku ni keluar dari petak parkir dan nak letak kereta petak tu nanti. Lama aku tunggu sebab makcik tu terkial-kial nak keluarkan keretanya dari petak.
Bila kereta makcik tu berjaya je keluar, tiba-tiba ada SUV dari belakang aku terus pecut dan cuba masuk ke petak kosong tu. Padahal aku dah beri signal.
Aku pun sikitlah. Mana tahu pemandu SUV tu tak perasan aku tengah tunggu.
Pemandu SUV tu angkat kepala seolah-olah kata “apahal”. Aku buatlah isyarat tangan menandakan aku dah tunggu nak masuk. Dia terus tunjuk jari tengah dekat aku.
Panas betul hati ni.
Masa aku lintas di hadapan SUV tadi, pemandunya keluar dan kata:
“Apa tengok-tengok. Tak sekolah ke? Parking spot mana boleh main cop-cop” sambil beri isyarat tangan suruh berambus.
Aku buat tak endah, dan terus pandu ke hadapan nak cari petak lain. Malas aku nak layan. Buang masa.
Namun akhirnya terpaksa juga aku layan mamat tu.
Pembantu klinik panggil nama pesakit, tengok-tengok mamat tadi yang masuk ke bilik konsultasi aku. Muka dia sedih. Dia jalan longlai buka main.
Dia pun duduk, mengadu lemah dan pening kepala. Aku pun checklah dia. Semuanya OK. Suhu OK. Tekanan darah OK. Jadi OK.
“Saya nak MC ya, doktor. Hari ni dengan esok, tapi kalau esok dah OK, saya pergi kerjalah” kata dia.
“Awak tak layak MC” balas aku.
“Kenapa pula?” jelas dia.
“Saya mungkin TAK SEKOLAH, tapi saya boleh tahu sama ada pesakit benar-benar sakit atau tak.”
Masa tu baru dia perasan, doktor yang dia tengah jumpa ni adalah orang yang dia tunjuk jari tengah tadi. Terus berubah muka dia. Telinga dia pun naik merah. Nasib tak keluar asap je
“Oh ya, awak tahu tak MC tak boleh cop-cop untuk esok?” tambah aku.
Dia cuma angguk-angguk dan ucap terima kasih dengan nada paling tak ikhlas aku pernah dengar. Aku harap dia belajar sesuatu hari ni.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tak suka berkonfrontasi (tapi kadangkala perlu)
Kredit: FB doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan