Setelah 8 Tahun, Pokok Dabai Yang Ditanam di Terengganu Akhirnya Berbuah!

Setelah 8 tahun benih dabai ini di tanam di Manir Terengganu, kini cikgu Rozi Safiee boleh berbangga bila buah dabai yang ditanam hasil benih yang dibawa dari Kapit mula memberi hasil.

Buah dabai yang agak besar dan bulat memang sama seperti pokok induk yang dibawa dari Kapit.

“Susah juga nak tanam pokok ini kerana banyak yang mati. Tapi saya bernasib baik bila ada beberapa pokok yang hidup” ujarnya bila ditemuramah.

Namum begitu beliau resah bila dikhuatiri pokok yang hidup ini merupakan pokok ‘jantan ‘ dan rasa khuatir beliau lenyap bila pokok ini mula berbunga dan kini berbuah dengan lebat.

“Nasib baik tiada ancaman haiwan perosak yang mengganggu buah ini, mungkin tupai belum pernah jumpa dan mencuba buah ini” bila diajukan soalan tentang ancaman haiwan terhadap pokok ini.

Pokok Dabai ini memang sukar untuk ditanam di tanah semenanjung berbeza dengan di Sarawak, Sabah dan kalimantan.

Pokok ini umpama emas hitam bagi penduduk Sarawak yang ternanti-nanti akan kelunakan rasa lemak Dabai terutama dari Kapit dan Kanowit.

“Ramai kawan saya di Terengganu ini tak pandai makan buah ini, hanya isteri saya yang gemar kerana kami pernah menetap di Kapit.” ujarnya bila ditanya akan sambutan rakan rakan semenanjung terhadap buah Dabai ini.

Cikgu Rozi tetap mahu mempromosikan Dabai Sarawak yang ditanam di Terengganu ini kepada rakan rakan supaya mereka tahu bahawa buah ini sangat enak dan unik.

Baca juga: Pokok Dabai di Terengganu

Video: memetik buah dabai

Comments

comments