Sekarang ini penuh berita tentang kemasukan anak-anak ke IPTA dan IPTS untuk menyambung pelajaran diperingkat tinggi.
Waktu ini terpancar kesedihan anak-anak yang akan berjauhan daripada ibubapa tercinta.
Kelibat ibu dan ayah bersusah payah menghantar anak mendaftar mengingatkan kembali zaman kami menjadi pelajar dahulu. Zaman yang cukup berbeza dimana ibu bapa hanya mampu menghantar hingga ke stesen bas sahaja. Malah ada yang sanggup bergadai demi memastikan anak anak belajar di menara gading.
Berikut adalah cetusan seorang bekas pensyarah dan juga pakar motivasi tentang anak-anak yang bakal mendaftar ke IPT. Kata-kata yang penuh nasihat ini boleh dijadikan iktibar bagi pelajar baru.
Kita ikuti titipan peranti Dr Shuib Mus:
Melihat foto-foto ini hati saya menjadi sebak..
Betapa kasih sayang ibu dan ayah terhadap anaknya. Mereka dgn bersusah payah menghantar dan mengurus anak mereka hingga ketangga asrama Universiti. Mereka memerah keringat dan wang ringgit untuk anak menuntut ilmu agar suatu hari nanti anaknya menjadi terpelajar dan berguna.
Saya teringat semasa saya ditawarkan masuk belajar di ITM 1973- Saya sangat seronok. Saya orang kampung yang pertama dapat masuk pengajian tinggi waktu itu. Keseronokan terhenti seketika..oleh kerana saya org miskin saya hampir batal untuk pergi.
Namun ibu begitu bersemangat untuk melihat saya belajar. Dia berusaha berhutang dan merayu belas ihsan orang kampung untuk membolehkan saya pergi belajar juga. Saya masih nampak dan ingat bagaimana ada orang-orang kampung bagi padi segantang dua untuk saya ketika itu, ada yang bagi beg..baju..kain sejadah dan jam tangan..Allahuakbar.
Mereka begitu berbudi. Budi mereka saya takkan lupa.
Sampai ketika untuk pergi ke Kuala Lumpur, saya mengheret beg besar berjalan seorang diri sejauh 5km dari kampung ke pekan kecil untuk naik bas ke Stesen Keretapi Alor Setar. Masih nampak air mata ibu melelih untuk melepas saya pergi ke kota besar ketika itu seorang diri.
Doanya memberi kekuatan kepada saya.
Saya berjaya menjadi manusia dengan semangatnya .
Sesungguhnya saya ketika itu hanya ibu sebagai idola. Walaupun ia buta huruf tetapi hatinya sangat kuat untuk membesar saya menjadi seorang yang berjaya.
Saya masih ingat kata-katanya sebelum melepaskan saya pergi, belajar betul-betul. Jangan jadikan kemiskinan kita sbg satu halangan untuk berjaya.
Hari ini anak-anak generasi baru serba lengkap.
Serba ada, ibu ayah mengiringi mereka hingga kepintu asrama siap bawa patung peluk lagi.
Apa alasan lagi buat kita.
Apa lg nikmat yg kita nak dustakan.
Wahai anak-anak
Belajarlah..balaslah jasa dan keringat mereka dgn kejayaan. Jangan pergi belajar untuk melukai hati mereka lagi, belajarlah dengan semangat juang yang tulus dan ikhlas.
Pandang wajah ibu ayah setiap kali mentelaah buku..insyaallah anda pasti berjaya dgn cemerlang.
Alfatihah buat ibu Allahyarhamah Hjh Embon.
Salam Hormat…
Wallahuaklam.