Kereta Ayah Tinggal tepi Jalan!

Pengorbanan seorang ayah kadang kala sukar dimengertikan. Saat dia sakit, dia diam. Saat dia kesempitan wang dia masih tersenyum, waktu dia dalam kesusahan dia masih mampu menyediakan keperluan keluarga meskipun dalam jerih dan perih dia tetap memerah tenaga tulang empat kerat demi kesenangan anak-anak. Itulah ayah.

Mana kereta ayah? Tanya Aida pada ayahnya yang berpeluh-peluh berjalan pulang dari kerja.

Kereta ayah over heat, ayah tinggalkan ditepi jalan. Nanti ayah ajak pomen repair. Kata ayah aida.

Kereta ayah memang dah ‘tua’ usianya. Malah kereta itulah yang membawa Aida dan adik beradik yang lain ke sekolah, ke asrama, hinggalah ke universiti.

Ayah sayang pada kereta tua itu. Nanti ayah repair kereta tu elok lah dia, sambung ayah bila Aida sarankan agar kereta itu dijual sahaja.

Kasihan melihat ayahnya maka Aida ,Hasniza ,Nor Hasinah,Haslina ,Noraida dan Nor Atikah berpakat untuk membeli kereta baru untuk ayahnya.

Aida yang juga isteri kepada Denny gitaris kumpulan Mojo bercadang untuk membeli kereta proton saga baru untuk ayahnya.

Aida dan suaminya gitaris kumpulan Mojo serta anak mereka Nada

Pada hari minggu yang lalu mereka membawa hadiah kereta baru untuk ayah.

Ni kereta pengantin mana? Kata ayahnya bila melihat kereta baru siap berhias reben parkir dihadapan rumahnya.

Baru sahaja Aida mahu memberitahu ini adalah hadiah tiba tiba seorang makcik mereka (yang turut ikut komplot nk suprise ayahnya) melatah latah…dan terbocorlah rahsia. Hmmm dah tak suprise lagi nampaknya, getus hati Aida.

Inilah kereta baru ayah! Kata Aida dan kakak serta adiknya. Kereta ni kami beli untuk ayah. Sambung Aida lagi.

Pak Rahman berjalan menatap dan menyentuh kereta barunya tanpa berkata apa-apa. Beliau hanya termanggu dan menatap setiap wajah anak anak perempuannya. Sambil tersenyum dia berkata Terima kasih nak.

Mungkin hadiah ini tidak seberapa nilainya atau sememang ia sngat bernilai bagi keluarga. Namun yang paling tidak ternilai ialah jasa dan pengorbanan ayah membesarkan anak anak hingga berjaya.

Tahniah Aida dan adik beradik beliau kerana memberikan kegembiraan buat ayah dn ibu.

Comments

comments