7 Tips Pembelajaran Berkesan daripada Cikgu Zazol

Cerita tentang UPSR bagi MP sains
Perancangan dan Tindakan

Jangan mengeluh murid mereka hebat…murid kita tidak. Ini kerana, semuanya bermula daripada perancangan awal kita.

Berikut sedikit panduan merancang pembelajaran dan pemudahcaraan tahun 6 2019.

1. Kekuatan utama murid ialah pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dalam kelas yang bermakna untuk murid kita.

Jadilah guru sains yang cerewet, waktu pdpc kita , jangan bagi murid-murid keluar masuk kelas semasa pdpc sains berlangsung. Gangguan-gangguan ini menghadkan persembahan pdpc kita.

2. Rancang pembelajaran dan pemudahcaraan yang baik dan objektif yang jelas mengikut kumpulan sasaran.

Kalau boleh setiap pdpc mesti ada aktiviti. Disamping sebagai penguat ingatan murid, hands-on juga menarik minat murid terhadap mp sains. Kita pon bosan bila dgr lecture, begitu juga murid kita. Banyak pdktn PAK21 boleh digunakan.

3. Tahun 4 dan 5 betulkan Kemahiran Proses Sains terlebih dahulu. Faham setiap kehendak soalan.

Bab KPS memang murid bergantung 100% daripada guru. Sejujurnya ramai dalam kalangan guru pun tak menguasai KPS ini secara mendalam. Ada banyak teknik menjawab KPS ni, pun begitu peganglah pada jawapan yang mmg boleh membuahkan markah yang nyata yang mana pemeriksa atau guru tidak dapat mempertikaikan jawapan murid kita.

4. Mengajar bukan bidang cuba jaya.

Tambah pula MP Sains ialah berkaitan fakta … ajar daripada mudah ke susah bagi kumpulan tahap penguasaan minimum dan sebaliknya secara inkuiri bagi kumpulan tahap penguasaan yang baik. *Kena ingat masa mengajar kita hanya 4 waktu seminggu.

5. Kita kenal anak murid kita, jadi lebih baik bawa murid sekurang-kurangnya tahun 5 dan 6 kerana kita sudah boleh ‘masak’ dengan perangai dan penguasaan mereka.

6. Gunakan buku teks KPM sebagai panduan utama.

Walaupun saya seorang penulis buku,saya hanya akan guna buku-buku saya untuk murid saya sebagai aktiviti pengayaan atau kerja tambahan. Pdpc dalam kelas, saya masih menggunakan Buku Teks sepenuhnya.

7. Tekankan semua konsep, fakta, prinsip dan adakan sesi mendengar keluh kesah murid selepas kita memberikan latihan atau ujian tentang topik dan kemahiran yang belum mereka kuasai.

Rajinlah buat kajian tindakan mengatasi masalah tersebut sebagai penyelesaian. Guru dan Research and Development sangat penting, kerana hanya cara kita yang dapat mengatasi masalah anak murid kita.

Sedikit idea Cikgu Zazol Alkirani Nizam tentang memantapkan anak2 didik dalam mata pelajaran sains 2019 nanti. Inn shaa Allah.

Comments

comments