Apabila tema Balairong Seri dipilih untuk menjadi tema Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Tatau, Bintulu, ia mungkin kelihatan sukar untuk melaksanakannya memandangkan persekitaran Tatau dikelilingi masyarakat Iban. Tambahan lagi Sarawak bukan lah negeri yang bertunjangkan kesultanan Melayu moden.
Namun semua itu tidak menjadi masalah bagi Cikgu Jamlee, Cikgu Hairol dan Cikgu Davidson untuk merealisasikannya.
Bermula dengan idea dari Guru Kanan Kemanusiaan SMK Tatau iaitu Cikgu Ariffin. Maka sessi brainstorming dibuat oleh team cikgu Jamlee, cikgu Hairol dan cikgu Davidson. Cikgu Hairol menterjemahkannya diatas lakaran.
Dengan mengunakan bahan kitar semula dan membeli sedikit kayu dan papan, pihak sekolah turut memberi peruntukan kain dan bahan bahan lain maka bermulalah kerja kerja bertukang oleh mereka bertiga dan dibantu rakan-rakan lain.
Akhirnya sebelum 26 oktober maka siaplah pentas Balairong Seri yang siap dengan anjung di kiri dan kanan dan berukir awan larat ukiran Melayu.
Pada 27 Oktober 2018 Majlis Anugerah kecemerlangan SMK Tatau diadakan bagaikan penuh istiadat Melayu apabila Pengetua Cikgu Peter Use Lenjau mengenakan baju Melayu berdestar bersama guru-guru yang turut berpakaian Melayu.
Selain itu persembahan tarian melayu dan tarian randak sangat mengujakan. Perasmian majlis ini dibuat oleh wakil YB Baru Bian iaitu Tuan Abg Zulkifli, beliau turut memuji kreativiti guru-guru SMK Tatau.