Mana cikgu Emmet? Terdengar suara dari atas aras auditorium pustaka negeri. Saya menoleh dan teruja melihatnya. Dr. Madeline Berma!! Saya tersenyum menyapanya. Kami tersenyum.
Sebelum Dr. Madeline Berma datang, saya sudah menghantar pesanan messenger kepadanya dan memberitahu saya sudah ada di auditorium mengikuti bicara pengarang oleh Sasterawan Negara Dato Dr. Anuar Ridhwan.
Saya dan Dr. Madeline Berma mula berkenalan ketika kami berdua terlibat dalam sesi roundtable Unity in Sarawak pada bulan April 2017 anjuran Yayasan Perpaduan Sarawak.
Anak Iban dari Banting Lingga ini merupakan seorang wanita berilmu, guru yang ikhlas dan aktivis yang mahu melihat nilai dan kebaikan diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dengan penuh toleransi.
Dalam ceramah motivasi saya di sekolah-sekolah yang majoritinya pelajar iban, saya sering menyebut namanya sebagai azimat bagi anak-anak Iban jadikan ikutan.
Semasa pertemuan kedua di auditorium pustaka sempena Sarawak Author Festival kami sekali lagi digandingkan sebagai panel forum bersama novelist prolifik Radzemah Bolhasan dan pencipta lagu Tuan Pengetua Patrick Khamis.
Keputusan bijak yang dibuat oleh YB Dr. Maszlee Malik melantik Dr. Madeline Berma sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara adalah amat tepat kerana Dr. Madeline merupakan seorang pengkaji yang selalu turun padang dan bergaul bersama marhaen semasa membuat research ketika menjadi pensyarah di UKM.
Lantikan beliau merupakan satu laba besar bagi Sarawak kerana pastinya beliau tidak meminggirkan aspek anak-anak peribumi Sarawak dan Sabah dalam program pembangunan akademik negara.
Selain memperkasakan bahasa Melayu, YB Maszlee turut mahu mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris dikalangan pelajar.
Di Sarawak penggunaan bahasa Inggeris sangat diutamakan, Dr. Madeline Berma pasti akan melihat keperluan peningkatan berbahasa Inggeris dilakukan.
Semoga ahli-ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negaraini dapat mantapkan lagi halatuju pendidikan Malaysia.
Selaras dengan slogan love, happiness andd mutual respect.
Tinta peranti cikgu Emmet.