Perjalanan 1000 km Bermotosikal Bukti Kasihnya Seorang Ayah Pada Anaknya

Meredah jalanraya sejauh 1000km hanya dengan menunggang motorsikal kapcai demi keberadaannya disisi anak perempuannya yang dirawat di hospital merupakan bukti kasih ayah tidak bertepi.

Ini yang dilakukan oleh seorang ketua kampung, Kampung Badong, Daro iaitu Encik Haslimi Hassan yang berusia 42 tahun.

Beliau bertolak dari Kampong Badong seawal 6 atau 7 pagi dan merentasi sungai menggunakan feri dan menerjah jalanraya dalam jarak 1000 batu hingga sampai ke Hospital Umum Kuching pada jam 8 malam semata-mata untuk berada disamping anak perempuannya Alieya Syafiera, 2 tahun yang menghidap kanser otot dan menjalani rawatan di hospital tersebut.

Meskipun diamanahkan dengan tugas sebagai ketua Kampung, Kampung Badong, namun beliau tetap tidak melupakan anaknya yang dirawat di Kuching.

Kembara kasih bapa ini bermula selepas anaknya dikesan mengidapi kanser otot tahap 3 pada April lalu dan dirujuk ke hospital umum Kuching untuk rawatan pakar.

Demi kasih sayang dan tanggungjawab kepada masyarakat beliau sanggup meredah sungai Batang Lassa, Sungai Serdeng, Sungai Krian, Sungai Rimbas, Sungai Batang Lupar menggunakan feri sebelum sampai ke Batang Sadong dan Sungai Samarahan melalui jambatan hingga sampai ke Kuching.

Pastinya penat lelah menunggang motorsikal kapcai terubat pabila menatap wajah anak kesayangannya Alieya dan mengucupi pipi anaknya adalah imbuhan bermakna bagi membayar segala kepenatan yang diharungi.

Sebagai Ketua Kampung, KK Haslimi Hassan sangat perihatin dan sering membantu penduduk yang mengalami kesulitan di kampungnya. Beliau juga sangat rapat dengan remaja dan anak-anak muda dan amat menitik beratkan perihal keagamaan di kampungnya. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau.

Kepada sesiapa yang ingin membantu meringankan beban perjalanan beliau boleh lah menderma di akaun beliau Agrobank 2-00-6842-0000154-4

Sumber: Haslimi HassanĀ 

Comments

comments