Kelainan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Tok Jembal, Bukan Sekadar Meraikan Pelajar Cemerlang

Hujung tahun biasanya penuh dengan hari anugerah kecemerlangan pelajar dijalankan oleh pentadbiran sekolah untuk meraikan pelajar.

Pendidikan rendah seharusnya memberi peluang samarata kepada murid menyerlahkan bakat mereka dalam menguasai kemahiran asas. Murid-murid tahap satu (tahun 1 hingga 3) boleh belajar menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis dengan baik.

Namun satu kelainan yang dibuat oleh pentadbir SK Tok Jembal.

Kelainan ini membuatkan sekolah meraikan semua tahap pelajar dan meraikan kemenjadian murid. Tahniah kepada guru besar dan warga SK Tok Jembal atas inisiatif ini.

Kisah keistimewaan hari kemenjadian murid SK Tok Jembal ini di kongsikan dari FB Mohd Nazli Mohd Nor.

Sudah menjadi lumrah, setiap hujung tahun pihak sekolah akan mengadakan majlis anugerah bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang.

Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang mendapat no.1 hingga 3 dan markah tertinggi bagi setiap subjek akan diraikan.

Namun, pada tahun ini SK Tok Jembal atau dikenali sebagai T’Jems telah mengubah tradisi tersebut. T’Jems bukan sekadar meraikan pelajar cemerlang, tetapi juga menghargai pelajar-pelajar lemah di dalam majlis yang dikenali sebagai Hari Anugerah Kemenjadian Murid (HAKEM).

Tiada anugerah untuk pelajar yang menduduki No. 1 hingga 3 sebaliknya 3 anugerah akademik diperkenalkan; Tahap Cemerlang, Tahap Menguasai dan Tahap Minimum.

Tahap Cemerlang merujuk kepada pelajar yang mendapat markah dalam kategori cemerlang, contohnya 80 ke atas.

Ini bermaksud, kesemua pelajar yang mendapat markah 80 ke atas akan diberi anugerah, bukannya hanya seorang yang tertinggi.

Yang paling menarik adalah anugerah Tahap Minimum merujuk pelajar yang mendapat kesemua D.

Saya berpeluang dijemput untuk menyampaikan hadiah dan saya perhatikan betapa gembiranya pelajar-pelajar yang mendapat anugerah Tahap Minimum ini.

Anugerah juga diberikan kepada beberapa kategori lain seperti kehadiran penuh, KAFA, Linus, UPKK, Terbaik Disiplin, Kurikulum, Sahsiah, Tokoh Nilam dan Tokoh Murid.

Saya rasakan, lebih dari 200 pelajar mendapat anugerah semalam, sesuatu yang luar biasa dan meriah dengan kehadiran ramai ibubapa. Malahan photobooth juga disediakan.

Lebih menarik, pendaftaran ibubapa adalah menggunakan QR Code.

Sesungguhnya inisiatif baru T’Jems ini dengan dibantu sumbangan kewangan dari ibubapa adalah selari dengan usaha KPM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sekadar akademiknya tetapi juga sahsiah disamping meningkatkan motivasi pelajar-pelajar yang lemah, bahawa mereka juga dihargai.

Sekalung tahniah buat Guru Besar, Tn. Hj. Aznordin dan guru-guru T’Jems dan PIBG.

Dengarnya tahun depan akan ada inovasi terbaru dari T’Jems.

Maklumat terkini:
Lebih 500 pelajar menerima anugerah
Tahap cemerlang – mendapat 4A dan lulus 7 subjek
Tahap menguasai – Lulus semua subjek

#SKTokJembal
#KPM
#JPNT
#PPDKualaNerus
#DrMaszleeMalik

FB Mohd Nazli Mohd Nor

Comments

comments