2014 saya mula mengenali Lisyana anak Mauh. Anak perempuan tunggal sepasang suami isteri yang tinggal di Nyelam.
Kisah ketabahan hidupnya menempuh alam persekolahan begitu terkesan dihati pembaca.
Lisy yang berusia 7 tahun waktu itu terpaksa berjauhan dengan ibubapa. Semuda itu dia tinggal di asrama dan belajar berdikari.
Namun yang paling menyentuh hati saat dia memegang tangan guru pada hari Rabu sambil bertanya.
Cikgu, kemaya ari lima? Pertanyaan nya diringi renungan penuh harapan dan genangan air mata kerinduan terhadap ibunya.
Bila diberitahu bahawa hari Jumaat masih jauh maka berderailah butiran airmata Lysiana.
Begitu rindu anak kecil ini kepada ibubapanya.
Kisah inspirasi Lyisiana ni sering saya ceritakan dalam ceramah motivasi saya di sekolah bandar yang tidak pernah berjauhan dengan ibubapa. Supaya anak anak bandar ini insaf atas kesulitan yang dihadapi anak anak pedalaman dalam mencari ilmu.
Kini 2018 sudah tiba dihujung dan hampir sebulan lagi kita akan menjengah 2019.
Lysiana juga turut berubah, beliau semakin besar dan cantik serta tinggi dan tidak kecil molek seperti semasa dia Tahun 1.
2019 Lysiana akan menduduki UPSR kita doakan kejayaan Lyisiana.