Pertandingan Mr Universe Cilik di SK St Augustine Betong Sarawak Mencuit Hati!

Sukan bina badan amat sinonim dengan gaya hidup sihat dikalangan lelaki dewasa. Malah menjadi trendy bagi golongan profesional muda menjadi ahli kelab kesihatan dan gym untuk melakukan senaman bina otot badan agar kelihatan menarik.

Namun bagaimana jika kesedaran untuk membina badan dimulakan sejak dari kanak-kanak lagi? Yang pasti apa sahaja aktiviti sihat amat digalakkan meskipun masih kanak kanak.

Bagi menyemarakkan aktiviti ko kurikulum di SK St Agustine Betong, Sarawak satu kelainan telah lakukan iaitu mengadakan pertandingan membina badan untuk murid sekolah rendah.

Menurut puan Josephine Nilly pada 7 Nov 2018, Sk St augustine, Betong telah mengadakan pertandingan Bina Badan yang julung kalinya diadakan di sekolah.

Penyertaan dibuka kepada murid-murid tahun 1,2 dan 3.

Matlamat utama pertandingan adalah memberi pendedahan dan mencungkil bakat murid-murid sekolah dalam arena sukan Bina Badan.

Penyertaan dari murid-murid amatlah menggalakkan malah ia menyerlahkan keterujaan di saat membuat persembahan di atas pentas.


Gaya yang persis atlet Bina Badan yang sebenar berjaya memukau hakim dan mencuit hati dan menghiburkan penonton yang datang untuk memeriahkan pertandingan tersebut.

Malah lebih mengejutkan anak anak ini dilatih oleh guru guru wanita sekolah terbabit.
Mereka yang berkerja keras menjayakannya ialah

1.Cikgu Sharifah (ketua)
2.Cikgu Norani
3.Cikgu Asma
4.Cikgu Lamban

Mereka semua dikenali sebagai ‘iron lady’ sekolah Saint Augustine dan merupakan tulang belakang dalam setiap aktiviti sekolah yang dianjurkan.

Diharapkan agar ia menjadi permulaan dan akan menjadi inspirasi pada masa akan datang.

Syabas kepada pihak penganjur iaitu Sekolah Kebangsaan Saint Augustine, Betong kerana menganjurkan pertandingan yang mencuit hati ini.

Comments

comments