Pada 17hb November lepas saya dijemput memberi ceramah motivasi kepada siswa-siswi UITM Kampus Samarahan.
Di akhir motivasi saya buat sessi mengenang kembali pengorbanan ayah dan ibu. Tersentuh juga hati saya bila ada seorang siswi menelefon ayahnya memohon ampun dan maaf dan meminta restu agar dapat menjadi pelajar cemerlang.
Pagi tadi saya terbaca dalam FB posting seorang lagi calon SPM di SMK Kulai. Nor Syahmila kehilangan ayahnya yang meninggal dunia.
Namun 2 hari sebelum SPM beliau pergi menziarahi kubur ayahnya untuk mengkhabarkan rasa teruja untuk menghadapi SPM dan juga rasa rindu pada ayahnya yang tercinta.
Berikut adalah luahan adik Nor Syahmila:
Assalamualaikum ayah. Ayah mimie datang nie melawat ayah , mimie dah janjikan mimie nak datang harini. Mimie balik dari kelas mimie terus datang jumpa ayah.
Ayah biar laa air hujan membasihi diri mimie, biar laa mimie kotorkan baju sekolah mimie dengan tanah kubur ayah janji mimie dapat luahkan segala perasaan yang ada dalam diri ini. Ayah mimie rindukan ayah sangat-sangat.
Ayah dua hari lagi mimie akan duduki peperiksaan SPM. Debaran semakin terasa ayah.
Pada 14 hb 11 nie genap pemergian ayah selama 4 tahun. Ayah, mimie rindu nak peluk cium tangan ayah. Mimie rindu masakan ayah, rindu senyuman ayah, rindu nak teman ayah pergi carik lauk dekat econsave, umur mimie 12 tahun pon ayah masih lagi nak suap mimie makan, mimie rindu suapan ayah.
Terima kasih sebab jaga mimie dari kecik sehingga nafas terakhir ayah. Umur mimie 13 tahun ayah dah pergi tinggalkan mimie, adek adek and mak.
Tadi dekat sekolah ada majlis mohon restu ilmu untuk SPM. Ramai mak ayah dorang datang.
Penceramah tu kata “siapa yang mak ayah dia datang, tolong bangun pergi laa mintak maaf cium tangan mak ayah mintak restu dan ucap laa terima kasih”.
Kawan-kawan mimie semua bangun pergi dekat mak ayah dia.
Tapi ada berapa orang je yang tak bangun termasuk mimie. Mimie tak tahu nak peluk siapa, tak tahu nak cium tangan siapa, tak tahu nak ngadu dekat siapa, mimie nangis sorang diri.
Mimie tahu mak tak dapat datang sebab mak ada sebab sebab hal tertentu. Tapi takpe nie laa satu perjuangan untuk mimie teruskan kehidupan.
Mimie janji mimie akan jaga mak and adek adek. Mak tak pernah ajar mimie untuk bersedih tapi mak ngajar mimie untuk terus semangat disaat kesedihan.
Terima kasih ayah sebab selama nie jadik ayah yang terbaik untuk kami semua walaupon hanya sementara. I love you!
Mimie tak pernah sedetik pon lupakan ayah . Doakan mimie supaya jawab exam spm nanti dengan hati yang tenang ye ayah. Semoga ayah tenang di alam sana, alfatihah.
Semoga bagi adik-adik yang masih ayah dan ibu mohon teruslah berbakti dan menghormati ayah dan ibu kita kerana setiap kerja yang dibuat tanpa restu dan redha mereka membuatkan kita tidak mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat.
FB: Nor Syahmila