Dalam kehangatan isu yang melanda bumi Selangor beberapa hari ini, kita menjadi risau akan apakah yang berlaku pada negara jika isu perkauman menjadi permainan.
Ia ibarat percikan api yang gores berhampiran sebuah kawah berisi petrol. Bila-bila masa boleh meletup dan memusnahkan keharmonian negara.
Tak kira lah parti mana yang memerintah kerajaan sekarang, namun yang penting bagaimana kita mampu menjaga negara ini sebagai tempat tinggal anak cucu kita pada masa akan datang.
Bila bercakap tentang tolenrasi, rasanya orang Sarawak sangat mudah menyerap rasa hormat pada perbezaan adat, agama dan budaya serta mampu meraikan persamaan nilai supaya mereka bergerak seiring. Meskipun dalam kehangatan politik.
Bila tiba masanya mereka bersatu.. Orang Sarawak akan bersatu bagi menjaga Sarawak yang dicintai. Rasa tolenrasi dan nilai patriotisme yang tinggi di Sarawak sangat kuat meskipun hidup berbeda bangsa dan pegangan agama.
Boleh dianalogikan Sarawak umpama kapal layar. Setiap penjuru layar diikat dengan beberapa tali. Tali itu mewakili setiap kaum disini. Jika satu terputus, maka akan tersesatlah haluan kapal. Sebab itu pentingnya perpaduan dijaga, bukan dibuat taruhan meskipun dengan nilai wang ringgit. Seperti kata pesan Tok Nan : Jaga Sarawak Baik Baik.
Saya amat tertarik dengan posting yang dibuat oleh Tuan Gary Hardin Lugard yang berkhidmat di Selangor. Ia mengambarkan betapa nilai toleransi amat penting dalam memastikan hidup ini sentiasa BAHAGIA. Tuan Gary juga merupakan seorang admin Blog Sukan terkemuka iaitu SEMUANYA BOLA.
Berikut adalah posting beliau.
Aku tak faham definisi atau maksud rasis – yang menolak kita ke arah kebencian.
Ayah aku Iban, emak aku cina. Ketika aku baru menjejak kaki ke tanah semenanjung, aku dibela oleh keluarga berbangsa India.
Bila kahwin, isteri aku berbangsa Kadazan. Sampai ke sudah aku tak tau dengan jelas nak kategorikan anak aku ni suku kaum apa.
Nak mudahkan dalam pendaftaran JPN, ikut je dokumen pendaftaran ayah.
Sebab ada sedikit bangsa Manchester United, aku namakan anak aku yang sulung Carrick, yang bongsu Scholes.
Dan majoriti kawan aku pun Melayu. Sebab itu aku suka makan ulam cicah budu, asam pedas ikan pari, dan patin masak tempoyak. Nasi lauk semua ini jadi feel bila kau makan pakai tangan.
Baruu semalam juga isteri aku yang Kadazan sediakan Nasi Kerabu untuk makan malam.
Lupa nak cakap. Aku pandai buat tosei dan juga capati. Kalau karaoke, aku tak reti nyanyi lagu orang putih, tapi lagu melayu saja.
Semua itu begitu sebab aku rakyat Malaysia. Jadi apa benda yang nak dikecohkan pasal benda yang cuba memisahkan kita sebagai bangsa Malaysia?
Bukankah lebih bahagia kalau kita meraikan perbezaan itu? – Gary Hardin Lugard (SEMUANYA BOLA)