Akhirnya “Merdeka” dari Peperiksaan SPM!

SPM sudah pun berlalu, segalanya sudah dilakukan dengan terbaik maka hanya harapan tinggi serta doa dipanjatkan kepada Allah agar keputusan yang diperolehi nanti adalah keputusan yang membanggakan kedua ibubapa dan guru-guru serta mampu memberikan kebaikan kepada diri sendiri.

Kesyukuran dan kegembiraan para pelajar kadang kala dapat diterjemahkan dengan pelbagai cara.

Ada menjerit kegembiraan, ada menangis. Ada yang bersalam-salaman.

Di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara atau SAKURA. Sujud syukur dan doa menjadi noktah perjuangan dalam peperiksaan SPM.

Kredit foto : UBK Sakura
Kredit foto: UBK Sakura

Dalam suasana pelbagai kaum dan agama, masing-masing menyerlahkan rasa syukur dengan memohon doa kepada Allah.

Pelajar muslim akan berdoa dan bersujud syukur manakala pelajar Kristian membuat bulatan dan berdoa kesyukuran.

Kredit foto : UBK Sakura
Kredit foto: UBK Sakura

Usai berdoa mereka akan berpelukan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan masing-masing sambil tersenyum.

Malah guru-guru pun turut menerima ucapan terima kasih dari pelajar.

Kredit foto: UBK Sakura

Tahniah pelajar-pelajar SAKURA

Comments

comments