Dokumen Lengkap Penting Untuk Pendaftaran Pelajar Sekolah: Nasihat Cikgu Shah Kepada Ibu Bapa

Sekolah akan dibuka minggu hadapan namun masih terdapat ibubapa yang sambil lewa dengan keperluan dokumen yang diperlukan oleh pihak sekolah.

Ada juga yang masih mengisi borang-borang yang diminta dengan mengabaikan maklumat penting seperti no telefon.

Walaupun ada ibubapa pernah merungut kepada saya, ala cikgu tahun lepas borang yang sama juga di isi.. Takkan cikgu tak simpan?

Untuk pengetahuan ibubapa semua maklumat ini mesti di isi secara manual di dalam buku rekod kedatangan oleh guru kelas. Walaupun ada maklumat yang pernah diberi pad tahun lalu tetapi guru mesti mengisi maklumat terkini. Lebih-lebih lagi no telefon yang sangat penting.

Dibawah ini cikgu kongsikan penulisan cikgu Shahzalina Ghazali yang memberikan pandangan terhadap isu sikap sambil lewa segelintir (bukan semua ya) ibubapa dan penjaga mengisi borang penting.

Berikut adalah tulisan beliau

Mai sini Cikgu Shah nak bebel sat. Tapi ini bukan bebel kosong and bukan ditujukan kepada pelajar-pelajar ya.

Ini bebelan kecil khas buat IBU BAPA.

Ya, you read that right. Ditujukan kepada ibu bapa.

Pihak SMK sudah pun mengedarkan booklet profile pelajar seminggu sebelum keputusan UPSR diumumkan. Di dalam booklet tersebut, pelajar dan ibubapa perlu melengkapkan data penting yang diperlukan. Dokumen penting seperti IC pelajar, IC ibubapa, sijil lahir pelajar, keputusan UPSR, sijil berhenti sekolah rendah, salinan bil utilities etc perlu disertakan bersama-sama gambar ukuran passport pelajar dalam 3-5 keping.

Kalau ikut timeline, ibubapa ada masa 5 minggu untuk melengkapkan booklet tersebut dengan info yang diperlukan oleh sekolah. Dan info tersebut, bukan sekolah suka-suka minta. Semuanya atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM juga.

Tetapi saya rasa agak kesal bila agak ramai ibubapa yang datang membawa booklet profile pelajar yang TIDAK LENGKAP. Dokumen yang diminta pun tak cukup. Sedangkan arahan di dalam booklet itu CUKUP MUDAH DAN SANGAT JELAS UNTUK DIIKUTI.

Ruangan nombor telefon dibiarkan kosong. Bila ada kecemasan, melilau cikgu-cikgu cari nombor untuk dihubungi. Yang parah, bila anak-anak pun tak hafal nombor ibubapa. Ini bukan kisah rekaan ya. Saya sendiri handle kes budak demam panas sampai merah satu badan and menggigil tapi tak dapat hubungi nombor penjaga (ibubapa bercerai). Bila ada kes discipline, nak call parents untuk inform pun susah.

Ruangan jumlah pendapatan juga dibiarkan kosong. Jangan risau Tuan-tuan dan Puan-puan semua, kami sebagai guru-guru tak mahu pun ambil tahu berapa banyak gaji atau nak membawang tentang pendapatan Tuan Puan semua. Itu semua info penting yang saya sebagai Guru Kebajikan wajib tahu untuk memudahkan saya mengagihkan bantuan bila diturunkan ke sekolah awal tahun nanti.

Ada kes di mana bapa pelajar yang pernah bergaji RM11K diberhentikan kerja dan tidak bekerja berbulan-bulan lamanya. Ibu pula suri rumah. Letak tepilah berapa simpanan dia, tapi saya pasti dengan bilangan tanggungan 7 orang, berapa lama sangatlah simpanan mereka boleh bertahan. Dan kegagalan bapa pelajar ini untuk declare pendapatan menyebabkan anak-anak beliau dinafikan bantuan persekolahan. So, nak salahkan cikgu jugakah??

So please parents, tolong lengkapkan borang data yang diberikan sekolah. Info diri kita sentiasa berubah dari tahun ke tahun, and that’s why ibubapa kena isi borang yang sama setiap tahun. Borang sudah diserahkan by hand berminggu-minggu, tapi hari ini datang bawa borang kosong. Kalau pelajar saya yang buat kerja begini, memang saya piat telinga kerana gagal ikut arahan yang sangat mudah.

Kalau ibubapa pun gagal ikut arahan, macam mana pula sikap anak-anak???

Ask yourself.

#CikguShah
#CikguGarang

Sumber: FB Shahzalina Ghazali

Comments

comments