Pengalaman Hantar Anak Orang Asli Pulang Ke Rumah Mengundang Sayu Cikgu Ameer

6668

Saya sering menulis pengalaman guru-guru di pedalaman Sarawak. Namun sekali sekali kita boleh berkongsi bagaimana kisah guru-guru di pedalaman semenanjung. SK LENJANG di Kuala Lipis Pahang merupakan sekolah yang terletak di pedalaman negeri Pahang.

Pelajarnya terdiri dari masyarakat orang Asli dan ditadbir bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui PPD Kuala Lipis serta mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA).

Cikgu Emmet tahu bagaimana perasaan cikgu Ameer Firdaus mendidik mereka kerana pada tahun 2000-2004 cikgu pun pernah mengajar pelajar Orang Asli yang belajar di SMK Sg Kruit Sungkai. Pelajar cikgu rata rata dari kampung OA Jernang, Kampung OA Menderang dan kawasan pedalaman Trolak serta Sungkai.

Marilah kita ikuti tulisan Cikgu Ameer Firdaus ini.

Selamat Pulang Ke Rumah Sayang

Satu hari tu aku janji ngan anak-anak murid aku ni, untuk hantar mereka pulang ke rumah. So that day, aku ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah aku berjalan bersama-sama mereka.

Perjalanan aku menghantar anak-anak aku ni ke rumah mereka yang tinggal di sekitar “Kampung Tungau” telah memakan masa 45minit pergi dan 45minit balik. Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak ni pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan macam ni. Haa, kalo nak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakkan.

Okeh, berbalik kepada cerita sebenar.

Setiap hari, dalam pukul 5.30pagi diorang bangun bersiap ke sekolah. Kat rumah tidak iron pun, mak diorang lipat-lipat baju sekolah anak dia letak dalam beg, kumpul ngan kawan-kawan, bawak lampu suluh, pukul 6.00pg nak gerak dah.

Ade la sorang dua parent teman hantar kadang-kadang jalan kaki menyusuri semak, bukit-bukit, dan titian buluh tu untuk ke sekolah.

45minit jalan kaki dalam hutan, sampai kat pagar belakang sekolah tu, dorang cari tempat lapang sikit, then baru diorang sarungkan baju sekolah.

Taw kenapa? Sebab parent dia pesan “jangan pakai lagi baju sekolah sayang”. “Dalam perjalanan waktu dini hari nanti embun-embun pagi kat daun-daun tu akan buat baju basah, dan tanah-tanah yang lembab tu akan buat baju sekolah kotor. Karang sampai ke sekolah cikgu marah kalau baju kotor” (translate dari bahasa semai).

So tahan la sikit comot kat pakaian sekolah tu. Then, kira-kira pukul 6.50 macam tu, bila dah siap-siap sarung pakaian sekolah tu baru dorang masuk pagar sekolah tuk makan RMT. Pukul 7.25pagi tu dah siap-siap nak berhimpun dah.

Sama jugaklah dengan waktu balik dari sekolah. Dorang akan tanggalkan pakaian sekolah tu dulu. Letak dalam beg. Then pegi tadah makanan tengahari dalam tupperware, lepas tu makan sambil jalan otw balik. Ada tu makan sambil melompat-lompat pun ada. Biarlah. Budak-budak.

Ada asrama sekolah. Tapi asrama tidak boleh menampung semua murid. Jadi asrama di hadkan pada +-200 murid yang tinggal di kawasan yang terlalu jauh sahaja. Jadi sebenarnya Kampung Tungau ni masih lagi tidak terlalu jauh…..(tapi sebenarnya jauh).

Dalam keadaan yang macam ni tak hairan lah dorang boleh jadi malas untuk ke sekolah, lewat datang dan lewat makan RMT, ataupun baju diorang tu akan kotor sangat. Dan aku ni, dalam beberapa tahun mengajar kat sini duk asyik tanya dan marah dorang dengan soalan-soalan ni.

“Kenapa baju kotor sangat ni??”
“Awak ni kenapa lambat sangat datang, dah la baju kotor!”
“Dah kenapa awak selalu lewat makan pagi, lewat beratur”
Bla3… Kenapa tu.. Kenapa ni.. Bla3

Macam-macam, dengan nada bengis, kadang nada elok nasihat, kadang marah. Yang dimana aku menganggap mereka ni tidak faham tentang kebersihan, mahupun menepati masa utk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan utk datang belajar kesekolah. Tapi dalam situasi mereka ni..Siapa sebenarnya yang tidak faham..??

Rasa kejam dan rasa bersalah. Benar-benar memberi kesedaran pada aku. Yang memberikan tamparan lebih hebat pada aku, bila dalam keadaan mereka yang macam tu, tapi mereka tetap datang ke sekolah. Ade beberapa orang tu memang kalau tak sakit, dia akan selalu datang. Dia awal, belajar elok, suka tolong cikgu buat itu ini, dan aku tak nampak penat pun kat muka dia ni. Dan kawan-kawan dia yg lain pun ikot sama.

Ya, mereka hidup dengan apa adanya, gembira dengan apa yang ada, tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan. Semua ni buat aku lebih sedar tentang kenapa aku ditempatkan di pedalaman ni. Even jalan aku susah untuk masuk kesekolah ni dgn meredah sungai, jalan lereng bukit berselut dan sebagainya tu. Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan yang sedikit tu dengan keperitan hidup anak-anak murid yang lebih memerlukan cikgu-cikgu dia utk berada disana.

Mmmmmm, banyak dah bebel.. Dah sampai rupanya kat kawasan sekitar kampung Tungau ni.

Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya.

Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu. Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang.

Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu.
Melambai, sambil menahan sebak.
Selamat pulang ke rumah sayang.

Sumber: FB Ameer FirdausĀ 

Comments

comments