Sambutan Krismas dengan Kehadiran Keluarga Cina, Melayu dan Iban

Berkumpul beramai-ramai di hari perayaan adalah perkara yang biasa dilihat di negara ini.

Namun di Sarawak dan Sabah, hari penting sebegini diraikan oleh pelbagai kaum. Tak kira sama ada hari raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Gawai, Pesta Keamatan dan Krismas.

Melihat hantaran Facebook yang dibuat oleh rakan saya Nurul Ain Asyikin suasana Krismas disambut begitu meriah dengan kehadiran keluarga dari kaum Cina, Melayu dan Iban.

Mereka sangat akrab dan hubungan erat persaudaraan dan kemesraan tidak kelihatan terbatas meskipun berlainan agama dan kaum.

Perkara yang sama turut berlaku pada hari raya Aidilfitri dan Gawai.

Sesungguhnya bertuah keluarga ini kerana dapat hidup harmoni dengan aman dan damai.

Comments

comments