Program Berselawat keliling Pulau Salak merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak 2015 lagi. Menurut ketua bahagian, Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan komuniti CDS, DBKU
Saudara Rudzaimer Malek.
“Program dah masuk tahun ke 4. Mula 2015. Perancangan dan pelaksanaan oleh Kpg Pulau Salak melalui Kejiranan Mesra Kpg Pulau Salak yang pengerusikan oleh Penghulu Hj Wahid”
Program maulidur Rasul yang melibatkan acara berarak dan berselawat di dalam boat yang berjumlah belasan buah bermula dari pengkalan Kudi ke Kpg Pulau Salak.
Setiba di kampung, rombongan bergerak ke dewan untuk majlis selawat dan tausiyah oleh kumpulan qasidah dan ustaz jemputan.
Tetamu istimewa yang hadir hari ini adalah YB Datu Dr Abd Rahman Junaidi, menteri utiliti dan bekalan letrik merangkap adun N4 Pantai Damai.
DBKU juga ada membantu dengan pemberian sedikit dana, bantuan lojistik dan akan mempromosikan program ini pada masa akan datang.
Inisiatif DBKU merupakan sebahagian daripada pendekatan program bagi membangun komuniti melalui penganjuran aktiviti oleh komuniti kampung.
Ternyata program ini satu aktiviti yang unik kerana mampu memberi kelainan dalam memeriahkan acara Maulidur Rasul.
Tahniah buat jawatamkuasa pengelola program ini dan Kejiranan Mesra Kpg Pulau Salak kerana menganjurkan program ini.